nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sultan Nazrin Hargai Jasa Guru Bersihkan Sungai Balun

17 FEB: Seorang guru yang sanggup membersihkan Sungai Balun di Slim River, Tanjung Malim secara sukarela telah menerima titah penghargaan daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, hari ini yang sanggup membersihkan sungai itu daripada sampah terperangkap bagi mengelakkan kejadian banjir.

Sultan Nazrin bertitah, usaha Ismail Mohd Zain, 40 yang merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Felda Besout 1 itu juga dapat memelihara habitat pelbagai spesies hidupan air untuk membiak seterusnya memberi rezeki kepada nelayan darat.

Titah baginda, sebagai seorang guru, Ismail telah menunjukkan teladan kepimpinan yang baik kepada profesion keguruan dan sewajarnya sikap beliau dicontohi oleh warga pendidik serta para pelajar di negara ini.

“Beta menzahirkan penghargaan atas sifat amat terpuji yang telah saudara Beta pamerkan.

“Semoga Allah menerima usaha murni ini yang dilakukan sebagai amal makruf yang dilimpahi dengan ganjaran dunia dan akhirat,” titah Sultan Nazrin menerusi satu warkah penghargaan di sini hari ini.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan menyiarkan kisah Ismail yang sanggup bergelumang lumpur, selut dan lintah seorang diri demi membersihkan sampah yang terperangkap di dalam Sungai Balun.

Dalam pada itu, Ismail yang berasal dari Felda Trolak, Tanjung Malim meluahkan rasa teruja dan terharu apabila menerima titah penghargaan daripada Sultan Nazrin.

“Saya tidak tahu hendak gambarkan (perasaan) sebab perkara yang saya buat (membersihkan sungai) kecil sahaja tetapi mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk media yang menyiarkan berita.

Lebih mengembirakan dirinya, menurut beliau, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi hantaran di Facebook semalam turut menzahirkan ucapan penghargaan atas usahanya membersihkan sungai berkenaan.

“Saya menerima panggilan daripada pihak istana hari ini memberitahu surat penghargaan daripada Sultan Perak telah diposkan ke sekolah semalam,” kata bapa kepada dua orang anak itu.

Beliau  berkata aktiviti membersihkan Sungai Balun terletak kira-kira 30 meter dari kediamannya dilakukan sejak tahun lepas kerana tidak gemar melihat keadaan sungai dipenuhi sampah sarap dan kotor.

“Apa yang saya lakukan ini hanyalah sumbangan kecil saya dalam memelihara alam sekitar, ia tidak memerlukan modal dan tidak mengambil masa begitu lama untuk melakukannya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.