nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tun Faisal bakal dihadap ke Tribunal Lembaga Disiplin UMNO

19 FEB: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, hari ini, menerima surat tunjuk sebab dan bakal dihadapkan ke Tribunal Lembaga Disiplin UMNO, pada 25 Februari ini.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau menerima surat tunjuk sebab menerusi pesanan Whatsapp dan panggilan telefon daripada Sekretariat Lembaga Disiplin UMNO, pagi tadi.

Tun Faisal berkata antara kandungan surat berkenaan mereka memintanya memberikan penjelasan kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadapnya berikutan tindakannya yang lantang mengkritik Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka.

“Saya menerim surat tunjuk sebab pagi tadi tetapi tidak terkejut sebab sudah dengar khabar angin mengenainya sejak dua minggu lalu.

“Malah, ada pihak tertentu sudah mengatur perjumpaan dengan ahli dan pemimpin UMNO Bahagian tertentu untuk mengajak mereka sama-sama buat aduan terhadap saya kepada Lembaga Disiplin UMNO,”

“Saya sudah membaca segala pertuduhan yang dibuat melalui surat jawapan balas. Insya-Allah saya akan hadir ke tribunal pada Khamis depan,” katanya ketika dihubungi wartawan PNBBC di sini hari ini.

Sebelum ini, Tun Faisal pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Ahmad Zahid sudah hilang kredibiliti dan mengkhianati parti selepas percubaan untuk membawa UMNO menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal beberapa kali.

Tindakan Ahmad Zahid itu dikatakan membelakangi dasar parti iaitu ‘no Anwar no DAP’ tetapi timbul isu ‘surat’ dan jajaran politik baharu melibatkan kerjasama DAP dan Anwar.

Ditanya sama ada beliau akan keluar parti jika Tribunal Lembaga Disiplin memutuskannya bersalah dan menyingkirkan dari UMNO, Tun Faisal menegaskan masih terlalu awal untuk beliau mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.