nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Beli telefon bimbit, komputer riba untuk PdPR bukan satu pembaziran

20 FEB: Pembelian  peranti sama ada telefon bimbit dan komputer riba untuk membolehkan murid dan pelajar mengikuti  Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian adalah satu pelaburan bijak bukannya pembaziran,

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Dr Mohamad Ali Hasan, berkata beliau bersimpati dengan ibu bapa dan guru yang sudah membelanjakan sejumlah wang membeli peranti dan menyiapkan alat bantuan mengajar untuk PdPR, sebelum pengumuman pembukaan semula sekolah dibuat  Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md. Jidin semalam.

Berikutan itu, Mohamad Ali berkata, ramai ibu bapa menzahirkan rasa terkilan dan kecewa dengan pengumuman Menteri Pendidikan terbabit menerusi media sosial kerana menganggap pembelian peranti itu seolah-olah satu pembaziran dan tidak berguna lagi, tambahan lagi dengan pelancaran DidikTV disempurnakan sendiri oleh Perdana Menteri, kelmarin.

MOHAMAD ALI

“Saya memahami suasana berkenaan, namun mungkin selepas membuat penilaian terhadap baik buruk PdPR dan PdP secara bersemuka maka Kementerian Pendidikan ( KPM) membuat keputusan untuk membuka semula sekolah di seluruh negara secara berperingkat-peringkat mulai 1 Mac ini.

“Saya berpandangan KPM berbuat demikian selepas mendapati cara terbaik untuk membolehkan pelajar dan murid mendapatkan ilmu adalah menerusi PdP secara bersemuka di sekolah di seluruh negara.

“Malah, tidak mustahil kaedah PdPR akan diguna pakai semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) jika kes penularan COVID-19 kembali meningkat berikutan pembukaan semula sesi persekolah nanti jika ada pihak ambil mudah soal pematuhan prosedur operasi standard (SOP), keselamatan dan pengurusan murid di sekolah,” katanya hari ini.

Mohamad Ali berkata demikian ketika mengulas pengumumam Menteri Pendidikan semalam yang mengumumkan sesi persekolahan akan kembali dibuka secara berperingkat bermula 1 Mac ini bagi pelajar murid Tahun 1 hingga dan Tahun 2 di semua sekolah kerajaan.

Terdahulu, Radzi berkata, pembukaan sekolah bagi murid Tahun 3 hingga Tahun 6 pula adalah pada 8 Mac dan sesi persekolah dimulakan oleh pelajar tahun 1 dan 2 terlebih dahulu bagi membiasakan murid-murid dengan pelaksaan SOP di sekolah.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat Hock berkata, seluruh warga pendidik dan guru gembira dengan pengumuman KPM untuk membuka semula sesi persekolahan di semua sekolah secara berperingkat mulai 1 Mac nanti.

Malah, Harry berkata, kajian dilakukan NUTP pada tahun lalu, menunjukkan bahawa lebih 93 peratus daripada 10,500 guru yang menjadi respoden memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka kerana lebih berkesan dan mudah difahami oleh murid.

“Kita tidak boleh lari daripada Covid 19, yang penting adalah kita mesti menguruskan pandemik ini mengikut sains dan juga SOP yang telah diturunkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan KKM

“Kami tidak melihat DidikTV sebagai satu pembaziran tetapi  sebagai satu alat mengajar tambahan untuk membantu anak didik kita semasa mereka berada di rumah atau tanpa akses kepada guru-guru mereka,” katanya. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.