nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis buru lelaki tular ajar cara murtadkan orang Islam

20 FEB: Siasatan kes membabitkan video tular seorang lelaki berasal dari Johor yang dipercayai mengajar bagaimana seorang Islam mahu menjadi murtad kini diambil alih oleh Pasukan Khas Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Perkara berkenaan disahkan sendiri oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, ketika dihubungi wartawan portal berita PNBBC, hari ini.

Berikutan itu, Ayob Khan juga mengesahkan bahawa pihak polis sudah mengunjungi kediaman ibu bapa lelaki terbabit untuk merakam keterangan mereka bagi membantu siasatan kes terbabit.

“Bagaimanapun, berdasarkan keterangan ahli keluarganya lelaki terbabit dikatakan sudah lebih tiga tahun tidak berada di rumah bapanya berkenaan,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai pengakuan seorang lelaki India yang melahirkan rasa bangga dan memberikan tip bagaimana caranya dia mermurtadkan seorang wanita Islam dengan mengahwini dan memurtadkannya di luar negara, beberapa tahun lalu. 

Tidak lama selepas itu tular pula gambar sepasukan anggota polis dikatakan berkunjung ke rumah lelaki terbabit di Johor semalam.

Berikutan itu, seorang wanita tampil membuat pengakuan di Youtube.com bahawa dia adalah isteri kepada lelaki terbabit tampil memohon maaf kerana pembuatan suaminya dan mendakwa tidak tahu bahawa tindakan berkenaan akan menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hari banyak pihak.

“Saya semua orang rakyat Malaysia tengah marah sama saya dan suami. Saya betul-betul minta maaf, saya pun tidak tahu perkara ini akan menjadi macam ini.

“Suami saya pun bukan nak murtadkan orang Malaysia sini dan dia mungkin tersalah cakap banyak orang Indonesia bercinta dan kami nikah macam itu.

“Dia sebenarnya bercakap untuk orang Indonesia tetapi mungkin orang sudah salah faham. Memang di Malaysia tidak boleh buat apa-apa. Kalau orang nak bernikah mestilah masuk Islam, jadi ini bukan untuk rakyat Malaysia tetapi orang Indonesia. Berilah peluang kami pun ada anak dua orang,” katanya menerusi satu rakaman suara yang tular di media sosial.

Sementara itu, lelaki yang tular itu mengaku bahawa dia tidak berniat menghina mana-mana agama sebaliknya dia mengaku jika sesiapa bercinta maka mereka boleh berkahwin.

Dia mengesahkan mereka sudah lima tahun berkahwin dan mempunyai dua anak, melihat ramai orang bercakap soal masuk Islam boleh masuk syurga dan bermacam-macam lagi.

“Saya memang tidak mencari pasal dengan sesiapa pun. Saya tidak pernah menghina atau bercakap dan menggunakan bahasa kotor yang menghina agama Islam.

“Saya cuma cakap agama Hindu dan Islam sama tetapi orang ramai tidak boleh terima selepas itu,” katanya menerusi satu rakaman video disiarkan di Youtube hari ini. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.