nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Maahad tahfiz di Perak dibenar buka 1 Mac ini

22 FEB: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan membenarkan semua sekolah maahad tahfiz di negeri berkenaan beroperasi mulai 1 Mac depan dengan prosedur operasi standard  (SOP) yang ketat.

Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, Sultan Perak berkenaan memberikan kebenaran berkenaan selepas mendapatkan sembah nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Perak.

Annuar berkata, antara syarat yang perlu dipatuhi ialah bilangan maksimum pelajar yang dibenarkan, terhad kepada kapasiti ruang asrama dan sekolah dengan mematuhi jarak fizikal yang diwajibkan, tertakluk kepada kelulusan Jabatan Agama Islam Perak dan berpandukan nasihat Jabatan Kesihatan dan MKN Perak.

MOHD. ANNUAR

“Ruang belajar, ruang hafalan, ruang solat dan ruang asrama wajib mematuhi jarak fizikal. Pelajar hanya dibenarkan mengguna bahagian bawah katil dua tingkat (double decker) dalam asrama yang menyediakan katil dua tingkat.

“Ibu bapa atau penjaga dibenarkan menghantar pelajar sehingga ke pintu pagar sahaja. Untuk meminimumkan pendedahan dan risiko, ibu bapa atau penjaga buat sementara waktu, tidak dibenarkan mengadakan sebarang lawatan menziarahi pelajar.

“Kebenaran membolehkan ibu bapa atau penjaga menziarahi pelajar akan dimaklumkan apabila pihak berkuasa berkaitan, berpuas hati penularan wabak berjaya dikawal dan angka jangkitan harian telah menurun,” kata Annuar dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar berkata untuk memastikan jarak fizikal dipatuhi dan untuk meminimumkan berlakunya perkumpulan yang ramai pada sesuatu masa, pengurusan maahad tahfiz hendaklah menjadualkan waktu pendaftaran pelajar dalam tempoh masa yang lebih panjang dan ibu-bapa atau penjaga, dijemput hadir mengikut jadual secara berperingkat.

Katanya, semua barang yang dibawa dari rumah serta apa-apa juga barang yang dibawa dari luar, wajib disanitasi sebelum dibenarkan dibawa masuk ke dalam kawasan maahad tahfiz.

“Pengurusan maahad tahfiz wajib melakukan sanitasi premis sekolah dan asrama secara keseluruhan yang memenuhi piawaian yang disahkan oleh Jabatan Kesihatan atau pihak berkuasa yang berkaitan sebelum menerima pelajar melaporkan diri.

“Makanan berkumpulan menggunakan talam tidak dibenarkan. Setiap pelajar wajib menggunakan peralatan makanan sendiri yang tidak dikongsi dengan pelajar lain,” katanya.

Beliau berkata, pembekal barang kantin dan asrama, begitu juga pembekal peralatan tidak dibenarkan masuk ke kawasan maahad tahfiz.

“Kawalan dan pemantauan kesihatan yang tegas hendaklah dipatuhi oleh guru dan staf yang keluar masuk kawasan maahad tahfiz.

“Semua petugas di maahad tahfiz hendaklah dihadkan kepada warga negara dan penduduk tetap Malaysia. Pengurusan tahfiz hendaklah memeriksa dan memastikan para petugas tinggal dalam rumah dan persekitaran yang tidak menimbulkan keraguan daripada segi piawaian kesihatan,” katanya.

“Pengarah Jabatan Agama Islam Perak diberikan kuasa budi bicara boleh mengarahkan penutupan mana-mana maahad tahfiz yang gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.