nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dakwaan Polis Punca Kemalangan di Melaka tak benar

28 FEB : Isu tular yang mendakwa kawalan lalu lintas oleh polis trafik untuk orang kenamaan menjadi punca kemalangan di persimpangan lampu isyarat Krubong/Cheng di Melaka Tengah, pada Jumaat lalu adalah tidak benar.

Justeru itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka membuat laporan polis bagi menafikan isu tersebut.

Ketua JSPT negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya, berkata JSPT Melaka terkesan dengan satu hantaran di laman sosial Facebook pada Sabtu (27 Februari) berhubung perkara berkenaan dan siasatan akan dibuat di bawah Seksyen 223 Akta Telekomunikasi dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan terhadap pemilik laman sosial berkenaan.

Menerusi hantaran Facebook terbabit, beliau berkata seorang netizen mendakwa pada Jumaat jam 9.40 pagi, ketika perjalanan ke bank, dia terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal dari arah sama ketika melalui persimpangan lampu isyarat Krubong/Cheng di Melaka Tengah.

“Netizen itu mendakwa kemalangan tersebut berlaku disebabkan tindakan pihak polis trafik yang sedang mengiringi orang kenamaan melalui kawasan berkenaan.

“Pihak JSPT Melaka mengambil maklum perkara berkenaan dan telah melakukan siasatan. Terdapat satu laporan kemalangan jalan raya berkaitan apa yang dibuat oleh pengadu dan disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.

“Bagaimanapun, sehingga sekarang penunggang motosikal yang terbabit dengan insiden itu masih belum membuat laporan polis. Justeru usaha mengesan sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Hasan Basri memberitahu siasatan awal mendapati semasa kejadian tiada sebarang tugas mengiring orang kenamaan seperti yang dinyatakan netizen tetapi anggota terbabit sedang membuat kawalan lalu lintas sempena perayaan Masimagam di Kuil Krubong,Tampoi.

“Ketika kejadian anggota trafik sedang melancarkan pergerakan kenderaan dengan memberi laluan kepada pengangkutan yang membawa patung berhala dari arah bandar Melaka menghala ke arah Jalan Krubong, Tampoi.

“Tindakan berkenaan selaras dengan Seksyen 21(1)(a) Akta Polis 1967 iaitu mengatur, mengawal dan melencongkan mana-mana lalu lintas, selari dengan arahan pengarah JSPT nombor tujuh, mengawal lalulintas jika berlaku kesesakan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.