nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peningkatan hasil ses sawit diguna jadi pelengkap industri

3 MAC: Sebanyak RM30 juta hasil kutipan peningkatan ses baharu sawit akan digunakan sebagai pelengkap industri berkenaan kepada peruntukan RM30 juta disediakan kerajaan melalui geran padanan seperti diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Menteri Perusahaan Perladangan dan komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata peningkatan ses sebanyak RM2 bagi setiap tan itu akan disalurkan bagi menyokong penubuhan Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP).

Katanya, mekanisasi dan automasi di sektor perladangan juga akan diberi tumpuan khusus yang turut selari dengan cadangan pihak industri.

“Penubuhan MARCOP membabitkan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan pihak industri, bertujuan meningkatkan teknologi dan penggunaan kejenteraan ladang bagi mengoptimumkan kecekapan operasi serta penuaian buah sawit di samping mengatasi isu kekurangan tenaga kerja di sektor perladangan.

“Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan adalah prihatin berhubung isu berkaitan kekurangan tenaga kerja dalam sektor ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, hasil kutipan ses juga disalurkan bagi pembiayaan Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) yang diwujudkan bagi mengatasi cabaran secara bersama isu minyak sawit di peringkat antarabangsa.

Katanya, ia termasuk kempen antiminyak sawit serta diskriminasi oleh Kesatuan Eropah (EU) ke atas biobahan api berasaskan sawit.

“Tambahan ses ini akan digunakan bagi pembiayaan penghasilan teknologi baharu melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan, aktiviti galakan pasaran oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) termasuk aktiviti yang memberi tumpuan serta sokongan kepada pekebun kecil,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelaksanaan kadar baharu yang dipersetujui sebelum ini dilihat sesuai dilaksanakan berikutan kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM) yang semakin tinggi.

Kenaikan itu yang berkuat kuasa pada 1 Mac lalu dikenakan kepada pengeluar MSM dan minyak isirung sawit mentah (MISM) iaitu pemegang lesen kategori Kilang Buah Kelapa Sawit dan Kilang Pelumat Isirung Sawit.

“Ia adalah selari dengan prestasi harga minyak sawit yang meningkat melepasi paras RM3,000 setiap tan dan diunjurkan terus mengukuh di pasaran,” katanya.

Kerajaan sebelum ini meluluskan kenaikan kadar kutipan ses oleh MPOB sebanyak RM3 iaitu daripada RM13 kepada RM16 pada tahun 2019 demi kepentingan industri walaupun harga MSM adalah rendah ketika itu.

Namun, pelaksanaannya dilakukan secara berfasa dengan kenaikan RM1 bermula 1 Januari tahun lalu yang disalurkan kepada Yayasan Konservasi Hijau Sawit Malaysia bagi aktiviti konservasi sebagai usaha untuk menangani kempen antiminyak sawit. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.