nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sekolah Henry Gurney, dua Rumah Sewa di Sarawak dikenakan PKPD

4 MAC : Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikenakan di Sekolah Henry Gurney , Telok Mas, Melaka dan Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Beverly Hills di Bintulu Sarawak.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Beverly Hills akan bermula esok manakala PKPD di Sekolah Henry Gurney , Telok Mas, Melaka akan berkuat kuasa pada 6 Mac ini.

ISMAIL SABRI

Beliau berkata, sehingga 3 Mac 2021, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 1,247 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 84 kes positif telah direkodkan di kedua-dua lokaliti itu.

“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

“Setelah membuat penilaian risiko, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Beverly Hills bermula esok sehingga 18 Mac 2021,” katanya pada sidang media di Kementerian Pertahanan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Bagi Sekolah Henry Gurney, Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga semalam, sebanyak 152 kes positif telah direkodkan yang melibatkan lima kakitangan, lapan ahli keluarga serta 139 tahanan

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka bermula 6 Mac sehingga 19 Mac 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penghuni yang terlibat serta mengawal penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya

Dalam pada itu, mengenai task force operasi pematuhan, Ismail Sabri memberitahu PDRM telah menahan seramai 499 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Standard Operasi Prosedur (SOP).

Tambah beliau, daripada jumlah itu, seramai 492 individu dikompaun manakala empat orang pula direman serta tiga pula dijamin.

“Antara kesalahan adalah aktiviti pusat hiburan (134), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (86), dan tidak memakai pelitup muka (62).

“Selain itu, turut direkodkan iaitu tiada penjarakan fizikal (58), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (28), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (27) dan lain-lain (104),” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.