nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Laporan Siasatan Insiden Lebuhraya SUKE Perlu Didedah

5 MAC : Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berpandangan laporan hasil siasatan berhubung insiden di projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) yang telah mengorbankan dua wanita, Rabu lalu perlu didedahkan kepada orang awam.

Lam Thye berkata, orang awam mempunyai kepentingan dalam insiden itu dan mereka yang bertanggungjawab perlu dikenakan tindakan tegas.

LAM THYE

Menurut beliau, insiden itu juga adalah satu tamparan kepada industri pembinaan negara untuk meningkatkan aspek keselamatan di kawasan tapak binaan bagi memelihara keselamatan orang awam.

“Saya cadangkan hasil siasatan perlu didedahkan kepada orang awam kerana banyak kali mereka lakukan siasatan, selepas itu tiada siapa yang tahu (hasil siasatan) dan lama-kelamaan orang akan lupa sehingga kejadian seterusnya berlaku. Adalah penting untuk pihak berkuasa menyiapkan siasatan dan hasilnya didedahkan kepada umum

“Saya bukan menyalahkan pemaju kerana saya bukan pihak berkuasa. Tapi secara amnya, di negara kita sudah terlalu banyak kemalangan berlaku dan ia kini menjejaskan keyakinan orang ramai. Sudah ada rasa fobia apabila melalui kawasan pembinaan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Keselamatan Jalan Raya dan Pengangkutan Malaysia (MRTSA), Nik M Salim Nik M Salleh menerusi satu kenyataan turut bersetuju dengan cadangan siasatan itu perlu dikongsi dengan orang awam disusuli audit keselamatan agar kemalangan tersebut tidak berulang.

“Isu yang penting dan menjadi persoalan di sini adalah jaminan bagi memastikan keselamatan serta kesihatan pengguna jalan raya dan pekerja yang terlibat.

“Pematuhan kepada keperluan perundangan, tata amalan industri, standard, garis panduan serta pengurusan yang lebih bersistematik perlu dipatuhi oleh pihak industri bagi menjamin keselamatan semua pihak,” katanya.

Terdahulu, dua wanita pekerja kilang meninggal dunia yang dihempap runtuhan struktur pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), kelmarin.

Manakala dua lagi rakan mereka bersama seorang lelaki yang juga pemandu van terselamat dan mengalami kecederaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.