nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan isytihar darurat sebab hilang majoriti berita palsu, boleh didakwa

12 MAC: Tuduhan menyatakan kerajaan melaksanakan Proklamasi Darurat kerana telah hilang majoriti di Parlimen merupakan salah satu contoh berita tidak benar dan boleh diambil tindakan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa perlu) (No 2) 2021,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Parlimen dan Undang-undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, dakwaan dan andaian seperti itu boleh dikenakan tindakan serta pertuduhan mengikut ordinan berkenaan yang berkuat kuasa hari ini.

“Ia (merupakan) satu kesalahan… bagi saya ia satu kesalahan,” katanya ringkas ketika ditanya sama ada dakwaan kerajaan mendapatkan pengisytiharan darurat kerana telah hilang majoriti boleh dianggap sebagai berita palsu.

Beliau berkata demikian pada sidang media Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Dalam pada itu, ditanya mengenai terdapat pelbagai pihak yang mengkritik Ordinan tersebut, Takiyuddin memberitahu jelas dalam perlembagaan menyatakan Perkara 150, mana-mana ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong semasa darurat berkuatkuasa adalah sah walaupun bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi sah ketika darurat walaupun bercanggah dengan perlembagaan. Sebagai contoh bila kekosongan, perlu adakan Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam masa 60 hari.

“Ordinan darurat membolehkan PRK tidak diadakan dan sah dari segi undang-undang walaupun bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin menjelaskan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 hanya berkuat kuasa ketika darurat dan hanya memberi tumpuan kepada berita tidak benar berkaitan COVID-19 dan Proklamasi Darurat sahaja.

“Ordinan ini hanya untuk waktu darurat tapi ada tempoh enam bulan selepas darurat ditarik balik.

“Ia tidak akan bersifat kekal, keperluannya adalah untuk mempercepatkan proses. KKMM ada kekangan dari segi undang-undang untuk laksanakan beberapa perkara, sebenarnya kami sedang meminda Akta SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) belum sempat dibentangkan di Parlimen lagi,” katanya.

Untuk rekod, sebanyak 287 kertas siasatan telah dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung berita tidak benar sehingga hari ini.

Daripada jumlah ini, sebanyak 113 masih dalam siasatan, manakala 51 kes telah didakwa di mahkamah, 30 didapati bersalah, 20 dalam proses perbicaraan dan 12 diberikan notis amaran.

Dalam masa sama, sebanyak 428 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan kepada orang ramai oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19. – OLEH AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.