nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pegawai polis di lokasi pergaduhan tidak bertugas malam itu

14 MAC: Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, mengesahkan pegawai polis yang dikatakan berada di lokasi pergaduhan yang menyebabkan seorang lelaki maut dan rakannya parah di Jalan Telawi, Bangsar, tengah malam kelmarin, disahkan tidak bertugas ketika kejadian.

Anuar berkata pegawai polis berusia 27 tahun itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

“Pegawai polis terbabit menetap di Subang Jaya dan keluar makan malam bersama seorang rakannya berhampiran lokasi pergaduhan.

“Ketika pergaduhan berlaku, beliau dan rakannya dalam perjalanan mengambil kenderaan berhampiran kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anuar berkata, ketika kejadian, pegawai polis terbabit tidak bekerja dan berada dalam pelepasan tugas, justeru tidak membawa senjata api bersama.

“Beliau ada dalam rakaman video pergaduhan yang tular itu dan rakaman dibuat rakannya yang juga seorang editor filem komersial.

“Ketika mahu melaporkan kejadian pergaduhan itu kepada pihak Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) polis, kenderaan polis sudah tiba ke lokasi kejadian lalu beliau terus pulang ke rumah,” katanya.

Sebuah portal media tempatan melaporkan, keluarga mangsa yang meninggal dunia dikatakan tidak berpuas hati apabila mendakwa pegawai polis terbabit hanya ‘menonton’ dan tidak menghalang pergaduhan itu daripada berlanjutan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 28 tahun bersama rakannya dikatakan minum minuman keras di sebuah kedai di Jalan Telawi, sebelum berjalan ke tempat letak kenderaan.

Dalam perjalanan, mereka bertembung dengan sekumpulan lelaki dan berlaku pergaduhan dipercayai kerana dendam lama.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), manakala rakannya yang berusia 30 tahun parah dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.