nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKBM: PEMERKASA ibarat durian runtuh kepada kontraktor kecil

18 MAC: Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) menyambut baik pakej bantuan bernilai RM20 bilion menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam.

Presidennya, Datuk Azman Yusoff berkata, dalam inisiatif PEMERKASA kali ini, kerajaan bersetuju untuk menambah jumlah peruntukan bagi projek berskala kecil bagi tahun ini daripada RM2.5 bilion dinaikkan kepada RM5 bilion.

Beliau berkata antara jenis projek kecil yang akan dikhususkan kepada kontraktor G1 hingga G4 adalah pembaikan infrastruktur dan fasiliti awam yang rosak akibat banjir, pembaikan jalan, program ameniti sosial, baik pulih perumahan berstrata termasuk penggantian lif di perumahan awam dan pembinaan gerai di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Tambahan peruntukan ini adalah durian runtuh  kepada warga kontraktor khususnya kontraktor Bumiputera yang sebelum ini berdepan pelbagai kesulitan serta masalah kewangan sepanjang tempoh negara bergelut dengan situasi pandemik COVID-19.

“Peruntukan ini ternyata menarik nafas lega buat kami, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan peluang kerja bagi meneruskan survival perniagaan yang mencabar waktu ini.

“Sekurang-kurangnya warga kontratror bolehlah meneruskan hidup buat masa ini terutama menjelang Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

“Dengan peruntukan itu, PKBM berharap agar agihannya juga boleh dikhususkan kepada kontraktor muda B40 yang baru menceburi diri menjadi usahawan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata agihan boleh diberi kepada kontraktor wanita yang semakin hari bilangannya semakin bertambah ramai serta bersemangat dan memiliki kebolehan teknikal yang tinggi dalam bidang masing-masing.

Pada masa sama, Azman berkata PKBM juga menyeru kepada ahli untuk meningkatkan ilmu pembinaan termasuk mengaplikasi penggunaan teknologi canggih.

“Platform yang disediakan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) contohnya, terbukti mampu memberi bimbingan dan latihan kepada ahli untuk menggunakan teknologi baru seperti Sistem IBS, BIM dan sebagainya.

“Kontrator juga digesa untuk menggalakkan memberi peluang pekerjaan di sektor pembinaan kepada pekerja tempatan terutama ketika tempoh pandemik ini, di mana ramai anak tempatan yang hilang punca pendapatan. Pekerja tempatan juga diharap janganlah terlalu memilih kerjaya,” katanya.

Beliau berkata PKBM juga menyokong isu penempatan pekerja asing dengan penyediaan kemudahan lebih kondusif seperti yang diwartakan dalam Akta 446. Sudah sampai masanya industri pembinaan menuju ke arah kontrator yang lebih maju bagi menjaga kebajikan warga pekerja dengan memastikan keselesaan dan keselamatan mereka.

“Terima kasih juga kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) khususnya Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusoff kerana ambil peduli dengan masalah kontraktor dan sanggup turun padang libat urus mengadakan pertemuan bersama PKBM,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.