nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bulan madu: polis siasat suami isteri salah guna permit PKP

21 MAC: Sepasang suami isteri telah dipanggil pihak polis bagi merakamkan keterangan membantu siasatan berkaitan isu salah guna permit pergerakan rentas negeri untuk pergi berbulan madu yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, seorang ahli perniagaan telah datang bersama isterinya ke Balai Polis Wangsa Maju untuk memohon permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Johor Bahru, Johor atas urusan perniagaannya pada Isnin lalu.

“Lelaki itu telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat. Berdasarkan dokumen yang dikemukakan olehnya, permohonan rentas negeri tersebut telah diluluskan oleh polis bermula pada Rabu hingga Sabtu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Ashari memberitahu gambar pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu telah tular di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan sehingga dikecam oleh netizen sejak kelmarin.

Menurut beliau, berdasarkan keterangan pasangan tersebut mengesahkan bahawa mereka telah menginap di sebuah resort di Johor sepanjang urusan perniagaan mereka di sana.

“Netizen mempersoalkan kebenaran rentas negeri yang diberikan pihak polis kepada pasangan ini untuk tujuan berbulan madu.

“Mereka telah mengemukakan bukti segala urusan perniagaan serta resit tempat penginapan mereka.

“Pasangan ini juga mengesahkan ada memuat naik gambar mereka di akaun Instagram milik isterinya,” katanya

Walau bagaimanapun, Ashari berkata pasangan itu menafikan berada di Pulau Perhentian, Terengganu sepertimana yang telah ditularkan.

“Lelaki itu telah menjelaskan ‘posting’ yang dimuat naik di Instagram oleh isterinya bersifat peribadi tetapi telah ditularkan di Twitter,” katanya.

Justeru, Ashari menasihatkan orang ramai yang mendapat kelulusan rentas negeri agar sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan oleh pihak polis.

“Sekiranya terdapat individu yang menyalahgunakan kebenaran ini, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang berkenaan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.