nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MN perlu diperkukuh agar jadi sandaran rakyat – Noh Omar

 21 MAC : Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar menyeru agar Muafakat Nasional (MN) diperkukuhkan lagi dalam memastikan gabungan itu menjadi sandaran rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak.

Noh berkata, Selangor menjadi saksi kerjasama tidak rasmi yang dilakukan UMNO dan PAS sewaktu Pilihan raya Kecil (PRK) yang dilakukan di negeri berkenaan sebelum ini.

Menurut beliau, PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dan DUN Seri Setia menjadi saksi permulaan sikap toleransi yang ditunjukkan oleh kedua-dua parti ini kerana pada ketika itu sentimen terhadap kerajaan yang ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) masih kuat.

NOH

“Ditakdirkan Allah bahawa kerjasama dengan PAS ini bermula di Selangor sebab itu kita kena ingat semangat MN ini bermula di sini.

“Apabila berlaku PRK Sungai Kandis, tolak ansur yang dilakukan PAS yang tidak meletakkan calon bagi memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) itu langkah pertama.

“Kemudian di PRK Seri Setia, kita bangun bersama PAS untuk memberikan sokongan kepada calon mereka, tapi masa itu masih lagi kita kalah,” katanya.

Dalam pada itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang memberitahu PRK DUN Semenyih pula menjadi detik yang tidak dapat dilupakan apabila kemenangan pertama BN Selangor apatah lagi berjaya merampas kembali kerusi DUN berkenaan daripada PH.

“Berlawan pula dengan Pari Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang waktu itu adalah kerajaan di PH, di negeri Selangor pun PH, nak lawan kerajaan ini bukan mudah.

“Tetapi oleh kerana semangat MN tengah membuak-buak dengan kemenangan luar biasa di PRK Parlimen Cameron Highlands maka kita menang cemerlang di Semenyih,” katanya.

Noh menambah, kerjasama yang terjalin antara PAS dan UMNO ini  bermula di peringkat akar umbi.

“Tapi kena ingat MN ditubuhkan bukan daripada atas sehingga ke bawah, kalau macam Perikatan Nasional (PN) lain sebab dari atas ke bawah.

“Kalau MN, dari bawah kita bincang di peringkat Majlis Kerja Tertinggi. Kita juga bahaskan di Perhimpunan Agung UMNO hendak kawan atau tidak dengan PAS sebab ini soal akar umbi.

“Maka kita pun setuju, terciptalah sejarah September 2019 menandatangani piagam permuafakatan maka terbentuklah MN,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.