nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bantuan khas mudarat akibat vaksin COVID-19 hingga RM500,000

22 MAC : Sejumlah RM500,000 akan diberikan kepada rakyat tempatan dan warga asing di negara ini sekiranya berlaku hilang upaya kekal ataupun kematian disebabkan suntikan pelalian yang dikenali sebagai bantuan khas kewangan kesan mudarat COVID-19. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan RM50,000 sekiranya berlaku kesan sampingan serius kepada penerima vaksin COVID-19 yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital.

“Sebagai permulaan kerajaan menyediakan dana RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Selain Itu, bantuan ini akan dapat membantu menampung keperluan penerima vaksin dan keluarga berkemungkinan terjejas akibat kesan daripada pengambilan vaksin ini kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bersama Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, di Putrajaya, hari ini. 

Dalam pada itu, Adham memberitahu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan tiga jawatankuasa di peringkat kementerian bagi memantau dan menilai kesan mudaratnya susulan imunisasi dan isu keselamatan yang berkaitan dengan vaksin Covid-19.

“Pertama, Jawatankuasa Farmakovigilans Khas bagi Pemantauan Vaksin Covid-19 bagi memantau dan menilai kesan mudarat susulan imunisasi (AEFI) dan isu keselamatan yang berkaitan dengan vaksin,” katanya.

Tambah beliau, Jawatankuasa Teknikal Perubatan ditubuhkan untuk menentukan sama ada kes permohonan bantuan khas kewangan mempunyai hubung kait (causal relationship) dengan vaksin COVID-19.

“Penilaian akan dibuat secara case to case basis berdasarkan bukti yang diterima dan laporan Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Bagi Pemantauan Vaksin COVID-19.

“Ketiga, Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Covid-19 turut dibentuk untuk memberi kelulusan bantuan khas kewangan berdasarkan keputusan kedua-dua jawatankuasa,” katanya.

Dalam pada itu, Adham berkata, bantuan kewangan akan diberikan kepada penerima vaksin terkesan setelah dinilai oleh tiga jawatankuasa berkenaan.

“Bayaran akan dibuat oleh Nadma kepada penerima vaksin yang terkesan. Kerajaan juga terus berusaha meningkatkan keyakinan masyarakat bagi menerima suntikan vaksin ini,” katanya.

Sementara itu, Adham turut menyatakan daripada 400,000 penerima vaksin, 60 peratus melaporkan keletihan dan kelesuan.

“Seramai 10 peratus mengalami bengkak dan kemerahan pada tempat suntikan. Kita menerima laporan 50 peratus penerima vaksin mengalami sakit kepala.

“Ada yang turut mengalami sakit otot, sakit badan dan demam namun kesan sampingan yang dialami penerima vaksin tidak berpanjangan. Ia berlaku biasanya dalam tempoh dua hari selepas menerima suntikan vaksin dan ianya tidak membimbangkan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.