nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tingkat penguatkuasaan projek pembinaan risiko tinggi

23 MAC: Sudah tiba masanya perhatian yang serius perlu diberikan kepada projek berisiko tinggi agar kemalangan seperti di projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) tidak berlaku lagi.

Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Ts Shahronizam Noordin berkata ini perlu dilakukan bagi membendung perkara itu terjadi semula demi  menyelamatkan beribu-ribu pengguna kenderaan jalan raya di Kuala Lumpur pada setiap hari.

Menurut beliau, kerajaan perlu mempertingkatkan penguatkuasaan, manakala pasukan projek pembinaan perlu serius di dalam pematuhan kepada undang-undang dan peraturan berkaitan ketika menguruskan projek pembinaan.

“Seperti mana yang pernah saya maklum sebelum ini bahawa pusat bandar yang semakin membangun dengan kerja-kerja pembinaan di ruang trafik telah memberi risiko yang tinggi kepada pengguna jalan raya.

“Tidak sampai sebulan berlaku lagi kemalangan struktur kren jatuh di projek pembinaan Lebuhraya SUKE hingga menyebabkan tiga pekerja projek tersebut meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, kerajaan melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ada memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Industri Pembinaan (Pengurusan) (OSHCIM) untuk panduan praktikal kepada klien, pereka dan pembina mengenai pengurusan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa melaksanakan projek pembinaan sesebuah struktur.

Garis panduan tersebut bagi rujukan pemegang kewajipan sama ada orang yang menjalankan perniagaan atau pengusahaan termasuklah klien, pereka dan pembina di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Akta Kilang dan Jentera.

Maka, Shahronizam menyarankan agar pihak projek pembinaan melaksanakan elemen utama OSHCIM iaitu mengurus risiko dengan menggunakan prinsip pengurusan risiko dan pencegahan di samping melantik orang serta organisasi yang betul pada masa yang tepat.

“Selain itu, pihak projek pembinaan perlu memastikan setiap orang mempunyai maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang diperlukan untuk melaksanakan kerja mereka dengan cara selamat.

“Pemegang kewajipan juga perlu saling bekerjasama dan berhubung antara satu sama lain dan menyelaras kerja mereka di samping berunding dengan pekerja bagi menggalakkan langkah keselamatan yang berkesan,”katanya.

Sementara itu, beliau turut mengharapkan semua pihak tidak berpegang kepada ungkapan ‘malang tidak berbau’ dalam kemalangan yang melibatkan nyawa pengguna jalan raya.

“Walaupun sesuatu kemalangan atau kecelakaan boleh berlaku secara tiba-tiba, namun bagi pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan kami percaya bahawa kemalangan boleh dielak dengan membuat langkah pencegahan awal,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

-ends-

Get real time updates directly on you device, subscribe now.