nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

644,425 pekerja asing sudah jalani ujian COVID-19 

24 MAC: Seramai 3,428 pekerja warga asing menjalani ujian saringan COVID-19 dan 11 daripada jumlah itu disahkan positif virus terbabit, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jumlah itu menjadikan kumulatif seramai 644,425 pekerja warga asing sudah menjalani ujian saringan COVID-19 membabitkan 33,440 majikan setakat ini.

“Secara kumulatif, seramai 9,971 individu disahkan positif COVID-19 manakala bakinya adalah negatif sejak ujian saringan diwajibkan kepada semua pekerja warga asing mulai 1 Februari lalu.

“Sehingga kini, sebanyak 1,534 klinik terbabit dengan program saringan ini,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 54 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKPB dan PKPP, semalam.

Ismail Sabri berkata, semua individu terbabit dikenakan kompaun.

Katanya, antara kesalahan yang direkodkan adalah gagal menyediakan peralatan merekod diri dan pelanggan, iaitu sebanyak 21 kesalahan, tidak memakai pelitup muka (17) serta rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran (6).

Selain itu, aktiviti pusat hiburan mencatatkan lima kesalahan, tiada penjarakan fizikal (3) dan masing-masing satu kesalahan kerana melanggar perintah kuarantin serta memasuki kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tanpa kebenaran.

“Mengenai kawalan sempadan negara pula, pihak berkuasa menahan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) semalam menerusi Operasi Benteng selain merampas 11 kenderaan darat.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 131 bot dan kapal di perairan negara menerusi lapan aktiviti penglihatan,” katanya.- Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.