nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kajian klinikal dapati vaksin AstraZeneca selamat

24 MAC : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mengesahkan vaksin AstraZeneca yang digunakan dalam suntikan imunisasi COVID-19 di negara ini adalah selamat.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, data keselamatan vaksin AstraZeneca yang diperoleh daripada kajian klinikal setakat 4 November 2020 yang membabitkan kira-kira 12,000 sukarelawan, menunjukkannya tiada kesan sampingan teruk dilaporkan.

Katanya, KKM mengambil maklum akan isu status keselamatan penggunaan vaksin AstraZeneca yang tular diluar negara.

Beliau berkata, justeru itu KKM ingin memaklumkan bahawa vaksin COVID-19 Vaccine AstraZeneca Solution for Injection (MAL21036009ACZ) daripada pemegang pendaftaran AstraZeneca Sdn Bhd yang didaftarkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 2 Mac 2021 adalah selamat untuk digunakan di Malaysia.

Kesan sampingan yang sering dilaporkan, katanya adalah sakit pada tempat suntikan, keletihan dan pening kepala yang sederhana.

“Data juga menunjukkan kesan sampingan ini dilaporkan berkurang pada suntikan dos kedua berbanding dos pertama.

“Kajian klinikal juga merumuskan bahawa tiada sebarang isu keselamatan berkenaan kesan ke atas profil dan kandungan darah, termasuk penggumpalan darah dilaporkan selepas menerima suntikan vaksin ini,” katanya dalam satu kenyataan mengenai isu status semasa keselamatan vaksin COVID-19 AstraZeneca hari ini.

Dr Adham berkata, pada 17 Mac 2021, pihak syarikat AstraZeneca Sdn Bhd sudah mengadakan satu perjumpaan dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi menjelaskan situasi sebenar berkenaan isu keselamatan vaksin AstraZeneca, terutama berkaitan kesan sampingan penggumpalan darah atau thromboembolic events.

Menurut pihak syarikat itu, katanya, setakat 8 Mac 2021, sebanyak 17 juta orang awam menerima vaksin AstraZeneca di sekitar Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom (UK).

Daripada jumlah itu, katanya, terdapat 15 kes deep vein thrombosis (DVT) dan 22 kes pulmonaryembolism dilaporkan.

Jelas Dr Adham, penilaian terperinci daripada semua kes itu sudah dibuat pihak syarikat dan dirumuskan bahawa tiada sebarang bukti kukuh yang mengaitkan vaksin AstraZeneca ke atas risiko berlakunya kes penggumpalan darah.

“Kesimpulan ini juga disokong pihak European Medicine Agency (EMA). Ini merumuskan bahawa vaksin AstraZeneca untuk suntikan COVID-19 adalah selamat digunakan di Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, KKM sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin COVID-19 sentiasa terjamin.

Pelaporan kesan advers susulan imunisasi vaksin COVID-19 boleh dilakukan melalui anggota kesihatan atau pelaporan terus kepada NPRA melalui laman sesawang, www.npra.gov.my atau aplikasi MySejahtera bagi kesan advers ringan. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.