nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agama lain guna kalimah Allah bercanggah fatwa Selangor

25 MAC: Sebarang penerbitan agama Kristian yang menggunakan kalimah ALLAH di Selangor adalah bercanggah dengan undang-undang serta fatwa yang diwartakan di negeri ini pada 18 Februari 2010.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, fatwa itu secara jelas memperuntukkan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Justeru itu, wajib bagi umat Islam untuk menyekat penggunaan kalimah ALLAH jika terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah ALLAH tersebut.

“Penggunaan kalimah ALLAH adalah menyatakan idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara atau hal mengenai sesuatu agama bukan Islam di dalam negeri Selangor merupakan satu kesalahan. 

“Ia merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 9 Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam, 1988),” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Abdul Aziz menambah, kalimah tersebut juga tidak boleh digunakan atau disamakan dengan tuhan bagi agama-agama lain selain daripada agama Islam.

“Adalah menjadi tanggungjawab MAIS sebagai pihak berkuasa utama berhubung dengan pentadbiran agama Islam di dalam negeri Selangor selepas Sultan Selangor untuk memelihara dan menjaga kesucian agama Islam. 

“Ini termasuk menghalang penggunaan kalimah ALLAH oleh mana-mana orang jika kalimah tersebut jelas menyalahi maksud ALLAH yang menjadi teras akidah dan kepercayaan orang Islam, ” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, MAIS turut menzahirkan kebimbangan terhadap penggunaan kalimah suci itu oleh orang bukan Islam dalam penerbitan agama Kristian. 

Beliau berkata, ini kerana perkara itu boleh membuka ruang kepada pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan serta mengembangkan agama bukan Islam kepada orang Islam khususnya di negeri ini.

“MAIS menyokong penuh tindakan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak kerajaan Malaysia untuk merayu keputusan tersebut,” katanya.

Sementara itu Abdul Aziz menyatakan, MAIS turut menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa yang melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam kitab Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku dan penulisan bagi agama Kristian di dalam negeri Selangor.

“MAIS berpegang teguh dengan pendirian bahawa kalimah ALLAH merupakan suatu kalimah suci yang merujuk hanya kepada ALLAH iaitu Tuhan Yang Maha Esa yang menjadi asas keimanan orang Islam,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.