nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tukar agama: Hakim tarik diri kenal ibu bapa kanak-kanak

25 MAC: Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang menganggotai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, menarik diri daripada mendengar kes pengislaman sepihak dua kanak-kanak kerana mengenali ibu bapa mereka.

Beliau berkata oleh yang demikian, adalah tidak wajar untuknya mendengar rayuan itu.

Susulan itu, Datuk Lau Bee Lan yang mempengerusikan panel tersebut telah menjadualkan semula pendengaran rayuan kes berkenaan kepada 29 Jun depan.

Pendaftar Muallaf Wilayah Persekutuan dan ibu kanak-kanak terbabit yang memeluk Islam mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan sijil masuk Islam kedua-dua beradik.

Turut bersidang Datuk Indera Mohd Sofian Abd Razak.

Pada 16 Oktober 2018, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan semakan kehakiman bapa kanak-kanak terbabit yang beragama Buddha untuk membatalkan pengislaman sepihak mereka, yang dilahirkan menerusi perkahwinan sivil ketika bekas isterinya masih menganut agama Buddha.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azizah Nawawi (kini Hakim Mahkamah Rayuan) dalam penghakimannya berkata fakta yang tidak boleh dipertikai ialah sijil masuk Islam kedua-dua beradik telah dikeluarkan tanpa kebenaran bapa mereka.

Katanya beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi yang menyaksikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan pada Januari 2018 memutuskan bahawa kebenaran kedua-dua ibu bapa diperlukan sebelum seorang kanak-kanak yang dilahirkan menerusi perkahwinan sivil ditukarkan agamanya kepada Islam.

Dalam kes Indira, seorang ibu yang menganut agama Hindu telah memfailkan permohonan semakan kehakiman serupa bagi mencabar tindakan bekas suaminya yang memeluk agama Islam menukarkan agama tiga anak mereka secara sepihak.

Dalam kes hari ini, bapa kedua-dua beradik telah memfailkan semakan kehakiman bagi membatalkan pengislaman mereka pada Mei 2016 yang didakwa dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenarannya.

Identiti ahli keluarga itu tidak boleh didedahkan susulan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi pada 21 Mei 2018.

Pada September 2018, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan bahawa hak penjagaan penuh kedua-dua beradik diberikan kepada bapa mereka selepas si ibu gagal memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan berhubung perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.

Peguam Datuk Sulaiman Abdullah mewakili Pendaftar Muallaf Wilayah Persekutuan manakala Peguam Kanan Persekutuan Rosli Ahmad hadir bagi pihak Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan dan kerajaan.

Peguam K.Shanmuga mewakili bapa kedua-dua beradik manakala Arham Rahimy Hariri hadir bagi pihak ibu mereka.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.