nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD 14 hari dua lokap tahanan di Johor Bahru

27 MAC: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Lingkudau, Keningau, Sabah akan ditamatkan mengikut jadual, esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat susulan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal serta kes terakhir dilaporkan adalah pada 23 Mac lalu.

“Sehingga kini, KKM melaksanakan 1,396 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 91 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Lingkudau, Keningau, Sabah pada 28 Mac 2021 seperti yang dijadualkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, kerajaan melaksanakan PKPD selama 14 hari bermula esok sehingga 10 April ini di Lokap Tahanan PATI Kompleks KDN Setia Tropika dan Lokap Tahanan PATI, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, Johor.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan itu dibuat selepas KKM hari ini melaporkan peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak di dua lokasi terbabit.

Sehingga kini, katanya, KKM sudah melaksanakan ujian saringan ke atas 82 PATI di Kompleks KDN Setia Tropika dan daripada jumlah itu, 39 orang didapati positif COVID-19.

Manakala sehingga 25 Mac 2021, katanya, sebanyak 51 kes positif dilaporkan di Lokap Tahanan PATI Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru hasil saringan ke atas tahanan bergejala.

“Pelaksanaan PKPD ini bagi memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan dan kontak rapat yang terlibat untuk memastikan tiada jangkitan dalam komuniti.

“Prosedur operasi standard (SOP) PKPD di pusat tahanan ini juga sama seperti diumumkan sebelum ini, termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan ahli keluarga adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Berhubung jumlah kesalahan ingkar SOP, semalam, Ismail Sabri berkata, seramai 80 individu ditahan dan daripada jumlah itu 79 individu dikompaun, manakala seorang direman.

“Kesalahan direkodkan adalah gagal menyediakan peralatan merekod diri dan pelanggan, iaitu sebanyak 26, aktiviti pusat hiburan (24) dan tiada penjarakan fizikal (16).

“Selain itu, rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran sebanyak sembilan kes, tidak memakai pelitup muka (empat) dan lain-lain (satu),” katanya.

Mengenai kawalan sempadan negara, beliau berkata, pihak berkuasa menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas, masing-masing enam buah kenderaan darat serta sebuah bot menerusi Operasi Benteng semalam.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 48 buah bot dan kapal di perairan negara melalui empat aktiviti penglihatan, manakala 12 PATI diusir melalui satu aktiviti pengusiran,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.