nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO perlukan kestabilan, permuafakatan perlu diteruskan

27 MAC : Perhimpunan Agung UMNO 2020 dilihat sangat kritikal untuk dimanfaatkan oleh seluruh akar umbi dan pucuk pimpinan dalam meleraikan pelbagai persoalan berhubung dengan hala tuju dan kelangsungan parti.

Justeru, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Khadhirah Abu Zahar berkata, ini merupakan ruang dan medan buat parti itu untuk melakukan perbincangan dan berbahas secara telus yang berdasarkan fakta dan data-data.

Dengan tindakan tersebut, menurut beliau, setiap ahli parti akan dapat mengerti kedudukan parti ini serta menimbang tara langkah dengan penuh teliti dan berhati-hati.

“Dengan semangat bersih dan suci hati, agenda rakyat mesti dikehadapankan dan kepentingan parti mesti dipertahankan agar UMNO ini terus kekal diterima sebagai sebuah institusi pelindung demi nusa dan bangsa.

“Permuafakatan perlu terus bertaut rapat kerana akhirnya UMNO memerlukan kestabilan untuk bangkit pada pilihan raya akan datang dan kestabilan ini membolehkan parti kembali menjadi parti induk yang menerajui kepimpinan negara.

“Kebijaksanaan peribahasa Melayu seperti bulat air kerana pembetung bulat kata kerana muafakat atau bersatu teguh, bercerai roboh kini perlu benar-benar dipegang erat khususnya dalam layar politik yang terus bergelora semenjak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Justeru, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jasin itu memberitahu perhimpunan kali ini adalah medan untuk parti menjuarai agenda permuafakatan sesama pemegang kuasa politik Melayu.

“Kita harus mendapatkan formula terbaik untuk menjadikan UMNO sebagai juara kestabilan politik Melayu.

“Justeru, berbahaslah dengan penuh ikhlas dan rendah hati demi memperkukuh sebuah kesepakatan antara hati kita semua. Peliharalah hubungan antara akar umbi dengan pucuk pimpinan agar parti terus kukuh berdiri. Jikalau tiada akar, nescaya pohon tidak dapat berdiri.

“Ya ALLAH, penuhilah rasa cinta di antara hati kami, dan perbaikilah keadaan di antara kami dan tunjukilah kami jalan-jalan kedamaian. Marilah kita sederap seirama, selangkah sehati, seia sekata pada perhimpunan hujung minggu ini agar parti terus memperoleh kebaikan. InsyaALLAH,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.