nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Vaksin AstraZeneca tiada sumber haiwan, hanya sumber sayuran

27 MAC: Vaksin AstraZeneca yang digunakan dalam suntikan COVID-19 di negara ini, tidak mengandungi bahan berasal daripada sumber babi, gelatin babi dan gliserin haiwan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata syarikat pengeluar AstraZeneca memaklumkan bahawa vaksin itu tidak mengandungi asid stearik, laktosa dan produk daripada sumber kerang-kerangan atau ikan tidak bersisik serta pati gandum.

“AstraZeneca sudah memberikan kenyataan untuk memaklumkan bahawa vaksin AstraZeneca tidak mengandungi sebarang bahan daripada sumber haiwan sebaliknya semua eksipien (sebatian tidak aktif) berasal daripada sayuran.

“Selain itu, vaksin AstraZeneca tidak mengandungi bahan terlarang, bahan yang berasal daripada sumber babi, gelatin babi, gliserin haiwan, asid stearik, laktosa dan produk daripada sumber kerang-kerangan atau ikan tidak bersisik serta pati gandum,” katanya menerusi status dimuat naiknya di Facebook.

Dr Adham berkata, enzim daripada sumber babi (porcine trypsin) hanya digunakan ketika proses pembangunan garis sel T-REx-293, menjadikan trypsin itu tidak terlibat secara langsung dengan bank sel sebenar yang digunakan dalam proses pembuatan.

“Porcine trypsin hanya digunakan jauh ke dalam sel perumah dan atas sebab ini, kehadirannya tidak dianggap wujud dalam Produk Dadah dan Sebatian Dadah,” katanya.

Beliau berkata, AstraZeneca bagaimanapun harus memberikan keputusan ujian makmal untuk mengesahkan tiada sisa atau saki-baki bahan daripada sumber babi dalam produk akhir sebagai salah satu syarat pendaftaran vaksin.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa komited untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin COVID-19 di Malaysia.

“Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk media rasmi dan pengumuman KKM bagi mendapatkan maklumat sahih dan boleh dipercayai,” katanya. Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.