nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Operasi Maritim Malaysia berjaya kurangkan kapal haram

28 MAC: Operasi Khas Jangkar Haram dilancarkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), menunjukkan keberkesanannya apabila hanya 15 kapal bersauh secara haram di Perairan Tompok Utara, Johor dikesan dalam tempoh empat hari sehingga semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, berkata sebelum ini, 105 kapal yang dilaporkan bersauh secara haram di perairan itu.

“Dalam operasi ini, Maritim Malaysia Johor menahan 13 kapal berlabuh secara haram dan enggan beredar di sekitar Perairan Tompok Utara.

“Empat daripada penahanan berkenaan dilakukan semalam kapal peronda Maritim Malaysia, iaitu KM Tegas, KM Perwira dan KM Sibuan, membabitkan sebuah kapal tempatan serta tiga kapal dari luar negara.

“Kesemua kapal tangki yang ditahan sekitar jam 11.40 pagi hingga 8.05 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan.

Nurul Hizam berkata, pihaknya akan meningkatkan operasi dan usaha membanteras saki baki kapal yang masih degil berlabuh secara haram.

Bagi mengelakkan isu berlabuh secara haram berulang, katanya, kerjasama erat perlu diperkukuhkan antara Maritim Malaysia Johor dan Jabatan Laut Wilayah Selatan daripada aspek pencegahan sehingga tahap penguatkuasaan.

Katanya, kapal dagang yang ingin berlabuh di dalam perairan Malaysia perlu membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran daripada Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia.

“Usaha membanteras gejala berlabuh tanpa kebenaran dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan secara berterusan dengan pendekatan integrasi maklumat mengenai kapal-kapal yang diberikan kebenaran untuk berlabuh di dalam perairan Malaysia.

“Perkara ini penting agar penggunaan aset laut dan kos operasi dapat dioptimumkan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.