nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rumah panjang terbakar, 150 penghuni hilang tempat tinggal

28 MAC: Seramai 150 penghuni daripada 24 keluarga hilang tempat tinggal selepas Rumah Panjang Uma Lesong di Sungai Batu Keling, berdekatan tasik Empangan Bakun, Sarawak musnah dalam kebakaran, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu, kebanyakan penghuni keluar menjalankan urusan harian, termasuk ke kebun dan pekan berdekatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Christus Buson, berkata pihaknya bagaimanapun dimaklumkan berhubung kejadian itu lima jam kemudian, iaitu pada 3 petang.

Susulan itu, katanya, sepasukan anggota bomba bergerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan dan pemantauan.

“Pasukan BBP Bintulu terpaksa bermalam di Empangan Bakun sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi yang mengambil masa tiga jam menggunakan bot Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).

“Biasanya, kawasan kejadian yang terletak jauh di pedalaman ini mengambil masa kira-kira tujuh jam perjalanan dari Bandar Bintulu menggunakan jalan darat dan sungai.

“Pihak kami turut dimaklumkan rumah panjang jenis tidak kekal itu ranap dalam masa empat jam sebelum api padam sepenuhnya pada 2 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Christus berkata, penduduk tidak dapat berbuat apa-apa untuk memadamkan kebakaran terbabit kerana tiada BBP yang berdekatan.

Setakat ini, katanya, pihak bomba dimaklumkan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan semua penghuni terbabit kini berlindung di khemah sementara.

Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.