nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO tidak boleh gerak sendiri hadapi PRU-15

28 MAC: Perpecahan dalaman parti UMNO akan menghalang pembentukan gabungan kerjasama politik yang boleh menang, sekali gus merugikan rakyat di peringkat akar umbi.

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norshida Ibrahim berkata apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa keputusan untuk bergerak sendiri itu bukan menandakan UMNO angkuh.

“Presiden menyatakan bahawa keputusan untuk bergerak sendiri itu bukan menandakan UMNO angkuh. Bagaimanapun, mampukah UMNO itu bergerak sendiri? Dalam konteks politik di Malaysia, saya berpendapat agak sukar untuk parti keramat UMNO bergerak sendiri di bawah panji UMNO itu sendiri.

“Saya berpendapat bahawa dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU0-15), naratifnya UMNO tidak boleh bergerak sendiri dan perlukan kerjasama dalam konteks UMNO itu sebuah parti yang memperjuangkan nasib rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

“Ahli UMNO ialah seorang manusia ciptaan Allah SWT dan sebagai makhluk sosial pasti akan memerukan bantuan dari orang lain, manusia tidak biasa hidup sendirian kerana asalnya memang manusia amat saling bergantung antara satu sama lain. Disebabkan itu dalam kehidupan sangat penting untuk memupuk kerjasama yang baik,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung UMNO di PWTC di Kuala Lumpur hari ini.

Norshida berkata UMNO perlu ingat kembali sejarah negara demokrasi mengamalkan sistem pelbagai parti, di mana tiada satu pun mampu untuk membentuk kerajaan secara bersendirian di sini.

“Malaysia mempraktikkan kerjasama antara parti politik di bawah Perikatan sejak 1950. Oleh itu, parti politik yang ingin memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan perlu melakukan kerjasama politik antara parti.

“Istilah kerjasama politik merujuk kepada sebarang kerjasama membabitkan dua parti politik atau lebih untuk mencapai pelbagai matlamat. Istilah seperti gabungan, pakatan, permuafakatan, persefahaman politik dan perkongsian kuasa boleh didefinisikan sebagai kerjasama politik bagi maksud sama.

“Kerjasama politik juga ialah pembentukan kerjasama sementara antara individu atau parti bersetuju untuk bergabung sumber bagi mencapai pelbagai matlamat dikehendaki bersama, berkongsi sumber bersesuaian, berkomunikasi dengan baik dalam perkara disepakati dan bersetuju pembahagian kuasa apabila menang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.