nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BERSATU, PAS tegas tolak penjajaran baharu

31 MAC: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS secara bersama bertegas menolak sebarang penjajaran baharu, terutama kerjasama politik membabitkan Pakatan Harapan (PH) serta sekutunya untuk menubuhkan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pada masa sama, BERSATU dan PAS akan terus memperkukuhkan jalinannya dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU-15.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Setiausana Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan bersama, berkata dua parti itu sentiasa komited memperkukuhkan penyatuan ummah dan perpaduan seluruh masyarakat majmuk.

Kedua parti itu juga bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendukung konsep terbabit.

Mereka berkata,dua parti berkenaan menolak sebarang usaha untuk merungkaikan perpaduan yang sedia terjalin dan percubaan menggugat kerajaan PN yang dibina secara bersama.

“Selepas mengikuti senario muktahir politik negara, kepemimpinan tertinggi BERSATU dan PAS diketuai Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan semalam bagi merangka hala tuju kerjasama lebih mantap dan berstrategi dalam PN.

“Menginsafi pentingnya kestabilan politik sebagai teras kelangsungan kerajaan PN dalam membela kebajikan rakyat dan bagi menangani COVID-19, kepemimpinan tertinggi PAS dan BERSATU bersetuju dengan ketetapan asas seperti berikut,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, BERSATU dan PAS selaku parti pengasas utama PN akan menubuhkan Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat Pusat bagi merangka strategi dan hala tuju parti khususnya bagi menghadapi PRU-15, termasuk rundingan pengagihan kerusi.

Katanya, segala keputusan yang dicapai akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi PN untuk dimuktamadkan secara kolektif dalam kalangan semua parti komponen.

“PAS dan BERSATU menyeru semua pertubuhan dan persatuan Melayu, Islam dan Bumiputera serta rakyat Malaysia yang cintakan negara supaya bersatu hati untuk bersama berjuang dalam saf yang sama demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.