nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemilihan sebelum PRU-15 pecahkan ahli UMNO – MB Perak

31 MAC: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad, melahirkan kebimbangan tindakan mempercepatkan pemilihan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan menyebabkan pepecahan dalam kalangan ahli parti.

Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata pemilihan parti juga akan memberi kesan kepada sokongan parti bagi menghadapi PRU-15 nanti berdasarkan pengalaman lalu.

“Biasanya selepas pemilihan sedikit sebanyak ada kesan kerana orang yang tewas (dalam pemilihan) barangkali merajuk. Itu mungkin memberi kesan kepada solidariti parti.

“Kalau pemilihan UMNO dibuat selepas pilihan raya jadi bermakna situasi mungkin berbeza kerana kalau nak diambil kira calon pilihan raya mungkin akan datang daripada pemegang jawatan sekarang (tetapi) kalau dibuat pemilihan dulu kemudian pilihan raya mungkin calon datang daripada pemimpin baharu,” katanya pada program Moh Mengopi Bersama Menteri Besar di Kedai Pak Mat Kampung Selat Layang-Layang Kiri, Perak, hari ini.

Saarani berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Rembau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Khairy Jamaluddin yang menegaskan pemilihan dalam parti UMNO yang dijadualkan berlangsung tahun ini, perlu diadakan segera sebelum PRU-15 untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti berkenaan.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, keputusan untuk pelaksanaan pemilihan parti hanya akan dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Bagaimanapun, Saarani berkata mengikut perlembagaan parti, MKT juga boleh menangguhkan pemilihan itu sehingga 18 bulan walaupun pemilihan parti perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sekali.

“Cuma sama ada MKT nak tangguh atau tidak itu belum diputuskan dan mereka akan bermesyuarat nanti. Sebenarnya tiada masalah dalaman parti. Apa yang kebanyakan orang cuba gambarkan ialah sama ada pemilihan UMNO dibuat sebelum atau selepas PRU, itu saja.

“Apa yang disebut KJ (Khairy Jamaluddin) bukan satu masalah besar itu pandangan beliau tetapi harus diingat kita kena buat keputusan berasaskan kepada keputusan MKT dan (di Perak) kita mesti ikut (keputusan yang sudah dibuat),” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.