nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Nama UMNO Akan Buruk Kalau Menterinya Letak Jawatan

31 MAC: Walaupun terdapat usul memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2020) tidak menjelaskan kepada menteri-menteri UMNO tempoh untuk mereka meletakan jawatan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, para perwakilan tidak langsung menyebut mengenai tempoh sembilan menteri dari parti itu perlu berbuat demikian.

Menurut beliau, Menteri UMNO yang berada dalam Kabinet kini sedang bergelumang dan sedang dalam perjuangan membantu dalam program yang melibatkan rakyat secara langsung.

“Khairy Jamaluddin dengan imunisasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba dengan program melibatkan Covid-19, demikian juga dengan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dengan jalinan di peringkat luar negara sehingga menyaksikan bahawa lawatan yang dibuat oleh Perdana Menteri. 

“Demikian juga dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang setiap hari keluar dan saya sendiri terpaksa melihat kepada sektor sukan dan memperjuangkan sektor sukan dibuka semula dengan banyak program dalam impak lain dengan isu penggangguran belia dan sebagainya.

“Begitu juga dengan Tan Sri Annuar Musa dengan program pemberian dan bantuan di peringkat Wilayah Persekutuan.Jadi, tugasan kami masih lagi tidak berkesudahan. 

“Kami melihat bahawa pada waktu ini tanggungjawab yang dilaksanakan kepada rakyat menjadi keutamaan kepada kita untuk kita letakkan kerana akhirnya kalau kita abaikan tanggungjawab akhirnya nama buruk parti juga yang akan dapat,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis penyerahan penugasan Sukarelawan Khidmat Sokongan Malaysia Vaccine Support System (MYVAC) di kementeriannya, di Putrajaya, hari ini. 

Turut hadir sama, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Reezal Merican berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa menteri UMNO tidak perlu meletakkan jawatan masing-masing.

Ini kerana terdapat beberapa orang menteri dari UMNO memegang portfolio-portfolio penting yang berkaitan dengan fokus kerajaan pada masa ini.

Muhyiddin turut berkata, beliau tidak mahu peletakan jawatan mereka dari Kabinet menjejaskan segala perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Mengulas mengenai itu, Reezal berkata sekiranya sembilan menteri UMNO bertindak meletakkan jawatan, ia akan memberikan impak negara kepada parti dan juga rakyat.

“Rakyat akan kata menteri UMNO tidak jalankan tanggungjawab jadi hakikat menjalankan tanggungjawab untuk meneruskan tugas yang telah diberikan ini adalah salah satu cara bagi kami memastikan tanggapan kepada parti itu baik.

“Jadi tidak timbul soal nak letak jawatan dan sudut yang sama juga diambil Perdana Menteri yang memahami hasrat tersebut,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.