nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD Sekolah Henry Gurney dilanjut dua minggu lagi

31 MAC: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka yang sepatutnya ditamatkan lusa, dilanjutkan selama dua minggu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat kerana sehingga kini, sebanyak 1,277 ujian saringan COVID-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) dan daripada jumlah itu, sebanyak 63 kes positif direkodkan. 

Katanya, KKM mengesahkan masih terdapat peningkatan kes baharu dilaporkan di lokaliti dan sebanyak 101 baki sampel ujian saringan sedang menunggu keputusan. 

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka bermula 3 April sehingga 16 April 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan akan melaksanakan PKPD di tiga lokaliti, iaitu Kampung Ranggu Batu 10, Mukim Balung; Fasa 2 Taman Semarak dan Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung, Tawau, Sabah, selama 14 hari.

Keputusan itu, katanya, dibuat selepas KKM hari ini melaporkan situasi kes pandemik terbabit di lokaliti berkenaan.

Sehingga 30 Mac 2021, jelasnya, KKM melaksanakan 59 ujian saringan dan daripada jumlah itu, lapan kes positif direkodkan di Kampung Ranggu Batu 10. 

Manakala, katanya, sebanyak 16 ujian saringan dilaksanakan KKM di Fasa 2 Taman Semarak dan daripada jumlah itu, enam kes positif dilaporkan serta baki sembilan sampel saringan sedang menunggu keputusan. 

Tegasnya, di Kampung Baru Pasir Putih, KKM melaksanakan sebanyak 89 ujian saringan dan daripada jumlah itu, lapan kes positif direkodkan serta 75 sampel saringan sedang menunggu keputusan.

Ismail Sabri berkata, KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di ketiga-tiga lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Ranggu Batu 10, Mukim Balung, Fasa 2 Taman Semarak dan Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung, Tawau, Sabah bermula 1 April 2021 hingga 14 April 2021. 

“Pelaksanaan PKPD ini adalah bagi untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk dan mengawal pergerakan serta penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya.

Berhubung kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP), Ismail Sabri berkata, kes dicatatkan semalam hanya membabitkan satu digit, iaitu sembilan individu, berbanding sebelumnya.

“Kesemua individu terbabit dikompaun dan kesalahan direkodkan adalah aktiviti pusat hiburan, iaitu sebanyak tujuh kes dan tiada penjarakan fizikal (dua),” katanya.

Mengenai kawalan sempadan negara, beliau berkata, pihak berkuasa menahan 19 orang pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 117 bot dan kapal di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan, manakala dua PATI diusir melalui dua aktiviti pengusiran. Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.