nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tun Faisal serah surat rayuan digantung UMNO esok

31 MAC: Timbalan Ketua Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mengesahkan akan mengemukakan sendiri surat rayuan terhadap penggantungan keahliannya kepada  Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, esok.

Tun Faisal menerusi Facebook miliknya hari ini memaklumkan telah menyampaikan hasrat itu kepada Setiausaha Kerja (SUK) UMNO, Datuk Sumali Reduan.

“Insya-Allah, esok jam 2 petang saya akan ke Pejabat Presiden UMNO di PWTC untuk menyampaikan sendiri surat rayuan terhadap keputusan penggantungan keahlian saya selama enam tahun.

“Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Datuk Sumali dan berharap dapat menyerahkan surat ini sendiri kepada Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi),” katanya, hari ini.

Sebelum ini, Tun Faisal tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Disiplin parti itu yang menggantung keahliannya selama enam tahun.

Beliau turut menyoal sejauh manakah seriusnya kesalahan yang dilakukan dan berhasrat membuat rayuan berhubung tindakan itu.

Sementara itu, menerusi kenyataan sama, Tun Faisal yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memberitahu tindakan yang dihadapinya itu adalah satu kekhilafan dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tidak diberikan gambaran sebenar mengenai fakta kes beliau.

Mereka tidak diberikan kesempatan untuk membaca dan meneliti hujah-hujah pembelaan saya, serta hanya bergantung kepada kesimpulan yang diberikan oleh Lembaga Disiplin. Anggota MKT hanya diminta mengesahkan laporan yang diberikan dan dibentangkan di dalam mesyuarat MKT yang lepas.

“Semoga kali ini MKT akan dapat benar-benar membaca dan meneliti hujah-hujah pembelaan yang saya sampaikan dan mempertimbangkan rayuan saya,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan menggantung keahlian Tun Faisal.

Beliau sebelum ini telah diarahkan mengemukakan surat jawapan balas kepada Lembaga Disiplin UMNO.

Arahan tersebut berhubung kenyataan terbukanya sebelum ini yang dilihat menentang Ahmad Zahid. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.