nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Johor tetap bersama Kerajaan PN

1 APRIL : Kerajaan Negeri Johor memberi jaminan akan bersama-sama Kerajaan Pusat pimpinan Perikatan Nasional (PN) dalam meneruskan usaha serta perancangan kerajaan pusat demi kepentingan rakyat dan negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, menjadi tanggungjawab dan hasrat beliau bagi menterjemah perancangan kerajaan pusat sebaik mungkin demi kebajikan rakyat.

“Saya beri jaminan kepada perdana menteri, kita akan pastikan Johor bersama-sama kerajaan pusat dalam memastikan program dan perancangan kerajaan dapat dilaksanakan mengikut jadual.

“Pendekatan atau kaedah diamalkan kerajaan akan diteruskan, iaitu meletakkan kepentingan negeri dan rakyat. Kita terus mendukung usaha kerajaan pusat,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan sambutan Hari RTM ke-75 peringkat negeri Johor, hari ini.

Hasni berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semalam bahawa Perikatan Nasional (PN) kekal mendokong kerajaan negeri yang diterajui oleh Hasni.

Dalam pada itu, ditanya mengenai lantikan ketua kampung yang menjadi pertikaian antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan UMNO sebelum ini, Hasni memberitahu pelantikan itu menggunakan pendekatan mereka yang layak dilantik dan bukan politik.

“Ia untuk rakyat dan diwakili ketua kampung yang benar-benar dapat memikul amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin.

“Saya memaklumkan kepada pegawai daerah sebagai ketua di daerah supaya memantau dan memastikan tanggungjawab dan tugas diberikan pada ketua kampung dijalankan sebaik mungkin,” katanya.

Semalam, Bersatu akan terus memberi sokongan padu kepada Menteri Besar Johor sekali gus mengekalkan status quo kerajaan negeri dipimpin oleh UMNO.

Perdana Menteri yang juga merupakan Ketua Bersatu Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Badan Perhubungan BERSATU Johor yang dipengerusikannya di sebuah hotel di Putrajaya di sini, sebentar tadi.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor menjelaskan tindakan partinya terus kekal menyokong Hasni kerana memikirkan soal kebajikan rakyat Johor dan kesan buruk kepada negara.

Terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan agihan terkininya adalah Umno dan DAP masing-masing 14 kerusi, PPBM (12), MIC (dua), PAS (satu), manakala sembilan kerusi Amanah serta PKR (empat).

Kerajaan Johor memiliki majoriti tipis dengan 29 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.