nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lelaki dikhuatiri lemas jatuh Tasik Cyberjaya

1 APRIL: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam Tasik Cyberjaya, Cyberjaya tengah hari tadi.

Ketua Zon 5, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Abu Bakar Abd Kadir, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi.

Berikutan itu sepasukan anggota bomba dari Balai Cyberjaya dikerah ke lokasi kejadian untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Sehingga kini seramai 35 anggota bomba termasuk enam penyelam sudah dikerah untuk membantu operasi mencari dan menyelamat dalam lingkungan 20 hingga 30 meter dari tembing Tasik Cyberjaya yang menjadi lokasi mangsa dikatakan dilihat timbul kali terakhir oleh saksi kejadian.

“Menurut saksi dia ternampak seorang lelaki berusia 30-an dipercayai lemas dalam Tasik Cyberjaya yang mempunyai kedalaman antara empat hingga enam meter ini,” katanya ketika ditemui di Cyberjaya sebentar tadi.

Seorang pekerja pembersihan yang dikenali sebagai Supiyani, 38, berkata beliau terkejut apabila mendengar jeritan orang meminta tolong berkali-kali ketika sedang bekerja di Taman Tasik Komuniti Cyberjaya.

Terkejut dengan jeritan itu, Supiyani kemudiannya meminta bantuan rakan-rakan.

“Seorang rakan lelaki cuba mendapatkan sampan di sebelah sana, tetapi dayungnya ada di dalam stor berkunci. Jadi usaha ke tasik memakan sedikit masa.

“Bagaimanapun, tidak lama kemudian lelaki itu hilang daripada pandangan,” katanya.

Tambahnya, dia tidak menyedari bila lelaki berkenaan tiba di taman berkenaan.

“Pagi tadi saya tidak nampak sesiapa berada di sini, tidak tahu dari mana dia masuk,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.