nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Vaksin CanSino khusus untuk penduduk pedalaman

1 APRIL: Vaksin COVID-19, CanSino yang akan diterima Malaysia secara berperingkat bermula April, bakal memanfaatkan 3.5 juta atau 10.9 peratus penduduk di negara di kawasan pedalaman dan berdepan kesukaran capaian.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata, CanSino yang disuntik hanya melalui satu dos itu juga akan difokuskan kepada individu yang menetap di kawasan sukar dicapai atau tidak mempunyai keupayaan untuk hadir dua kali bagi mendapatkan imunisasi vaksin.

“CanSino adalah vaksin yang diberikan satu dos sahaja, bukan seperti vaksin tertentu yang diberikan dua kali.

“Justeru, kerajaan memfokuskan pemberian vaksin satu dos ini kepada individu tertentu, seperti penduduk pedalaman, kawasan sukar dicapai dan berdepan kepayahan untuk hadir menerima suntikan kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian dengan syarikat Solution Biologics Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Nazlee Kamal di Kementerian Kesihatan di Kuala Lumpur, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Harjeet Singh dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Solution Biologics Sdn Bhd, Lim Yong Hew.

Dr Adham berkata, secara keseluruhannya, Malaysia akan menerima sebanyak 3.5 juta  dos CanSino dari China dengan penghantaran pertama diperoleh pada April ini, membabitkan 150,000 dos.

Penghantaran kedua vaksin itu, katanya, dijadualkan diterima bulan depan dengan jumlah dos sebanyak 350,000 dan stok seterusnya dijangka tiba sehingga Ogos ini.

Katanya, pembekalan pertama dan kedua itu membabitkan vaksin sudah siap, manakala penghantaran berikutnya dilaksanakan Solution Biologics Sdn Bhd secara pukal, iaitu syarikat tempatan yang dipilih untuk membuat pengilangan serta pembotolan di negara ini.

“Syarikat tempatan ini akan mendapat faedah pemindahan teknologi pembotolan vaksin The Convidecia, Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) yang dibangunkan CanSino Biologic Inc berpangkalan di Tianjin, China.

“Bagaimanapun, syarikat ini perlu memenuhi semua perkara berkaitan pematuhan peraturan pendaftaran Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) sebelum pembekalan vaksin ini boleh dilaksanakan kerana kerajaan amat menitikberatkan soal keberkesanan, keselamatan serta kualti,” katanya.

Menurut Dr Adham, berdasarkan data klinikal daripada NPRA, keberkesanan CanSino adalah mencukupi untuk membuat vaksinasi kepada penduduk di negara ini.

Kelebihan CanSino ini juga, lebih mudah mengendalikan cara penyimpanannya, iaitu pada suhu antara dua hingga lapan darjah celsius, selain tempoh hayat vaksin adalah selama 12 bulan daripada tarikh pembelian.

“Saya dimaklumkan DCA akan bermesyuarat esok, jadi kita harap pihak syarikat memberikan segala data kepada NPRA dan DCA.

“Data ini membolehkan pihak berkuasa terbabit mengemukakan pandangan, memandangkan kita tidak boleh melewatkan pembelian vaksin satu dos ini kerana keperluan mendesak untuk pelaksanaan pemberian vaksin Fasa 2 dan Fasa 3 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.