nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1,038 kluster tamat, 357 kluster masih aktif

3 APRIL : Sebanyak 1038 kluster telah ditamatkan termasuk 13 kluster yang tamat pada hari ini.

Kluster tersebut adalah Kluster Merotai Besar, Kluster Jengka Tujuh, Kluster Jalan Perindustrian Elektronik, Kluster Perindustrian Pelepas, Kluster Jalan Bukit Sentosa, Kluster Jalan Aman dan Kluster Persiaran Kuala. 

Selain itu, Kluster Tapak Bina Muda, Kluster Jalan Mutiara Barat, Kluster Jalan Tanjung Empat, Kluster Industri 19, Kluster Lagoon Selatan, dan Kluster Tapak Bina Pantai Dalam turut ditamatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kluster aktif kini adalah 357 kluster dan jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini 58 kluster.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Pelabuhan (486 kes), Kluster Kampung Binyu (61 kes), dan Kluster Bukit Serdang (19 kes), ” katanya menerusi kenyataan media perkembangan COVID-19, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham memberitahu terdapat tujuh kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan empat kluster berkaitan komuniti serta tiga kluster di tempat kerja 

“Kluster tersebut adalah Kampung Binyu,  Sarawak; Jalan Merdeka , Johor; Simpang Tiga Merotai, Sabah; Jalan Kenanga,  Melaka  dan Jalan Bandar Sembilan,  Negeri Sembilan. 

Selain itu, Teknologi Peramu Jaya,  Pahang dan Jalan Kubota Sentral,  Sabah juga merupakan kluster baharu yang dicatatkan hari ini,”katanya. 

Sementara itu, menerusi kenyataan sama, Noor Hisham memaklumkan Perak hari ini melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 494 kes dan daripada jumlah ini, sebanyak 486 kes atau 98.4 peratus adalah daripada Kluster Jalan Pelabuhan.

Menurut beliau, Kluster tempat kerja ini telah diumumkan pada 20 Februari 2021 dan kes indeks telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. 

“Pada 30 Mac 2021, sembilan kes positif baharu dilaporkan melibatkan pekerja-pekerja kilang dan kontak rapat mereka. Susulan itu, saringan bersasar telah dijalankan ke atas 1,028 pekerja-pekerja kilang di kawasan asrama di mana 486 kes didapati positif, 70 sampel “inconclusive”, dan 472 sampel negatif.

“Sehingga 3 April 2021, sebanyak 1,312 kes positif dilaporkan daripada 1,689 yang disaring (kadar positif 77.7%). Sehingga kini, kawasan asrama pekerja tersebut masih di bawah  Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Pengesanan kes secara aktif termasuk pengesanan kontak rapat masih giat dijalankan di lapangan dan kes-kes yang terlibat telah diasingkan dan diberikan rawatan yang sewajarnya,” katanya. 

Tambah Noor Hisham, selain daripada Perak, dua buah negeri lain yang turut melaporkan kes harian baharu yang tinggi adalah Selangor iaitu sebanyak 352 kes dan diikuti oleh Sarawak sebanyak 290 kes. 

” Sebanyak 15 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (6 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (5 kes), Kluster Tembok Mempaga (3 kes), dan Kluster Telok Mas (1 kes).

” Terdapat tiga kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan, dan Sarawak. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.