nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Utamakan kuasa politik umat Islam langkaui kepentingan parti

3 APRIL : Semua parti dalam Muafakat Nasional (MN) perlu mengutamakan persaudaraan dan kuasa politik umat Islam melangkaui kepentingan parti masing-masing.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, menegaskan tindakan berkenaan perlu bagi memastikan tiada mana-mana parti menjadi ‘Abang Besar’ atau mendominasi penubuhan MN.

Beliau yang juga Menteri Perusahaan Peladangan dan Komuditi berkata tindakan berkenaan membolehkan MN memainkan peranan berkesan  memperkasakan umat Islam yang menjadi majoriti rakyat Malaysia, sekaligus memberi jaminan keselamatan dan kebajikan untuk rakyat minoriti.

“Agenda MN menolak sebarang muafakat atau kerjasama dengan mana-mana golongan yang menolak Islam atau tidak mesra Islam sepertimana telah ditunjukkan oleh DAP dan PKR ketika mentadbir negara bersama PH.

“Justeru, slogan “No DAP, No PKR” sentiasa dilaungkan dan dijadikan asas persefahaman. Malah, PAS keluar daripada Pakatan Rakyat pada 2015 juga atas asas menolak agenda DAP dan PKR yang dilihat songsang tidak menguntungkan Islam.

“Inilah yang dimaksudkan oleh Presiden PAS dalam tulisan terkini iaitu kerjasama mestilah berasaskan dua perkara; pertamanya dengan golongan yang tidak ‘ekstrem’ dan keduanya dengan golongan bukan bersifat ‘liberal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata dalam meluruskan asas muafakat inilah Presiden PAS menegaskan kepentingan menjaga muafakat semua parti termasuk UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Bersama UMNO di pertegaskan slogan perkukuhkan MN. Bersama BERSATU pula di pertegaskan slogan mempertahankan PN yang PAS dan UMNO juga menjadi sebahagian kerajaannya. Tidak mungkin kerajaan yang ditubuhkan dan diuruskan bersama cuba diruntuhkan pula sehinggalah berlakunya PRU seterusnya,” katanya

Beliau berkata dalam mendepani pelbagai isu rakyat dalam suasana pandemik covid-19 dan kesuraman ekonomi, kesatuan di kalangan pemimpin sangat penting dan ia menjadi asas kestabilan kerajaan.

“Kerajaan perlu dilihat sentiasa memperjuangkan isu dan kepentingan rakyat. Kritikan yang dibuat mestilah dengan hasrat ke arah memperkasakan kerajaan bersama. Tidak wajar isyarat yang salah disampaikan kepada rakyat yang sedang berhadapan dengan isu kesusahan ekonomi dan pengangguran akibat pandemik covid-19.

“Justeru, tema Malaysia Prihatin perlu sentiasa sentiasa dilonjakkan dan di persadakan.

“Kesatuan umat ini tidak mudah. Laluannya berliku. Ramai yang sedang mendoakan kejayaan kesatuan ini sepertimana adanya golongan yang mengharapkan kehancuran perpaduan ini kerana kepentingan peribadi sendiri. Ayuhlah umat terus bersatu di atas asas muafakat yang telus dan tulus,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.