nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

7,978 individu masih jalani kuarantin wajib COVID-19

25 MAC: Seramai 7,898 daripada 163, 994 individu yang pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai lalu, masih menjalani kuarantin wajib.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 1,244 individu pula dihantar ke hospital untuk rawatan, manakala 154, 852 dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

“Sebelum itu, mereka ditempatkan di 75 hotel dan lapan institut latihan awam (ILA) serta institut pengajian swasta di seluruh negara,” katanya menerusi kenyataan harian laporan COVID-19, hari ini.

Mengenai barang keperluan asas, Ismail Sabri berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan harian ke atas membuat 785 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan.

“Semua yang dipantau itu terdiri daripada 595 peruncit,159 pemborong dan 31 pengilang. KPDNHEP juga telah melakukan 2,123 pemeriksaan khas dan hasil pemeriksaan itu, semua premis didapati mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP),” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan seramai 460 warga asing di negara ini menjalani ujian saringan semalam dengan seorang daripada mereka disahkan positif COVID-19.

Menurut beliau, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan sehingga semalam, seramai 671, 608 pekerja warga asing sudah menjalani ujian saringan COVID-19 yang membabitkan 34, 838 majikan di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 10,143 orang telah disahkan positif COVID-19 manakala 661, 645 lagi adalah negatif dan hingga kini, sebanyak 1,542 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini,” katanya.

Mengenai task force operasi pematuhan, beliau memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 248 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKP)

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 228 individu dikompaun manakala tiga orang pula direman serta selebihnya telah dijamin.

“Antara kesalahan direkodkan ialah aktiviti pusat hiburan (205), penjarakan fizikal (17), gagal merekod butiran diri di aplikasi MySejahtera (11), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (8), tidak memakai pelitup muka (4) dan lain-lain (3),” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.