nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan PN tetap miliki perancangan walau tiada manifesto

4 APRIL: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tetap mempunyai perancangan tersendiri walaupun tiada manifesto yang jelas demi memastikan setiap masalah dihadapi negara dapat diselesaikan dengan baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya sentiasa mengadakan perbincangan di kabinet melibatkan wakil-wakil yang ada dalam kerajaan seperti PAS, UMNO, BERSATU, MIC, MCA dan rakan-rakan lain yang mendokong PN.

Menurut beliau, kerajaan sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian bagi masalah-masalah yang dihadapi negara dan kita ada hala tuju pendek, sederhana serta jangka masa panjang.

“Untuk jangka pendek, sudah pasti belanjawan tahun ini yang diumumkan kerajaan tahun lalu. Keduanya ialah pakej-pakej rangsangan melibatkan jumlah yang besar.

“Ini semua hala tuju kita, menstabilkan ekonomi dan kesihatan supaya penularan pandemik COVID-19 dapat dikawal dengan baik,” katanya kepada media selepas Program Jelajah Malaysia Prihatin di Universiti Malaysia Kelantan, di Pengkalan Chepa, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Marzuk Shaary dan Pengarah Penerangan Kelantan, Azhar Ismail.

Mustapa berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai hala tuju disebabkan tiada manifesto jelas.

Dalam pada itu, Mustapa menjelaskan, bagi perancangan sederhana pula ialah melibatkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), walaupun ia masih belum dibentangkan ke Parlimen.

Namun begitu, beliau memaklumkan beberapa elemen RMK12 telah dilaksanakan umpamanya pada Februari lalu Perdana Menteri mengumumkan satu blueprint atau rangka tindakan pendigitalan dan sudah mula dilaksanakan.

“Untuk jangka masa panjang pula kita ada wawasan kemakmuran bersama untuk 10 tahun iaitu 2020-2030.

“Kita ambil kira semua pandangan dan lihat ini sebagai konstruktif, kita memperbaiki kelemahan yang ada dan kerajaan terbuka menerima pandangan semua pihak demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.