nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PN komited bantu GPS menang PRN Sarawak

4 APRIL : Kesemua parti gabungan di bawah Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk  menggerakkan jentera serta akar umbi parti di setiap peringkat bagi membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS)  memenangi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Setiausaha agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata,  Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PN semalam yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dimaklumkan PN dan GPS komited bagi memantapkan lagi kerjasama politik pada masa hadapan.

“Sehubungan itu, Majlis Tertinggi Perikatan Nasional sebulat suara bersetuju untuk menggerakkan jentera serta akar umbi parti di setiap peringkat bagi membantu GPS memenangi pilihanraya negeri Sarawak akan datang,”katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mesyuarat parti PN itu semalam dihadiri oleh ketua-ketua parti komponen Perikatan Nasional iaitu  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey G Kitigan, Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan  Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau.

Dalam pada itu, menerusi mesyuarat tersebut, Hamzah mengesahkan Majlis Tertinggi PN turut menzahirkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Johari Tun Abang Openg atas sambutan luar biasa terhadap delegasi Perdana Menteri semasa lawatan rasminya ke Negeri Sarawak pada 1 April lalu.

“Keakraban yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemimpin tertinggi parti sepanjang lawatan rasmi tersebut membuktikan bahawa persefahaman politik antara dua parti berada pada tahap yang amat baik.

“Kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu juga komited untuk memantapkan lagi kerjasama politik antara Perikatan Nasional dan GPS di masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberitahu Majlis Tertinggi  PN juga menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Permesyuaratan BERSATU-PAS di peringkat pusat bagi menghadapi PRU-15.

“Perikatan Nasional percaya bahawa jawatankuasa itu mampu merangka strategi kukuh bagi meraih sokongan dalam kalangan bumiputra, disamping memelihara kepentingan dan hak bukan bumiputera seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.