nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Krisis Myanmar dijangka lebih besar jika pemberontak bersenjata campur tangan

7 APRIL: Krisis berhubung rampasan kuasa di Myanmar yang bermula dengan tunjuk perasaan sejak Februari lalu, didakwa bakal menjadi konflik lebih besar apabila berlaku campur tangan daripada beberapa kumpulan pemberontak etnik bersenjata di negara itu dalam tempoh masa terdekat.

Perkara itu mungkin berlaku berikutan kumpulan pemberontak terbabit sebelum ini menentang pihak tentera bagi mendapatkan hak autonomi di wilayah masing-masing.

Myanmar dihantui kejadian tunjuk perasaan dalam kalangan rakyatnya yang membantah tindakan tentera melancarkan rampasan kuasa bagi menggulingkan pemerintahan kerajaan awam dan menahan bekas Penasihat Negara, Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu.

Bekas Presiden Myanmar, Win Myint dan beberapa pemimpin parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) turut ditahan pihak berkuasa, selepas tentera mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya umum di negara itu pada November tahun lalu.

Dalam pilihan raya itu, NLD pimpinan Suu Kyi memperoleh kemenangan besar dan mengulangi kejayaan pada pilihan raya umum tahun 2015, sekali gus mampu membentuk sebuah kerajaan awam bagi mentadbir negara berkenaan untuk tempoh lima tahun lagi.

Suruhanjaya Kesatuan Pilihan raya Myanmar menafikan dakwaan pihak tentera bahawa terdapat 8.6 juta pengundi meragukan di 314 kawasan perbandaran yang memungkinkan mereka mengundi berulang kali dalam pilihan raya itu.

Pihak tentera atau dikenali Tatmadaw memerintah Myanmar sejak lima dekad sebelum berakhir pada tahun 2015 apabila pilihan raya yang didakwa bebas dan adil diadakan buat pertama kali serta dimenangi NLD.

Selepas penafian dibuat suruhanjaya terbabit, pihak tentera bagaimanapun menangkap Suu Kyi dan Myint yang ketika itu masih memegang jawatan Presiden negara berkenaan, selain beberapa pemimpin NLD sebelum melancarkan rampasan kuasa secara aman.

Menurut sebuah kumpulan pemantau tunjuk perasaan di negara berkenaan pula, lebih 550 orang terbunuh dalam tunjuk perasaan selepas pihak berkuasa bertindak keras menyuraikan penunjuk perasaan dengan melepaskan tembakan ke arah mereka.

Beberapa buah kumpulan etnik di Myanmar berang dengan tindakan keras pihak berkuasa keselamatan negara berkenaan.

Justeru, pada Sabtu lalu, sebanyak 10 daripada kumpulan pemberontak bersenjata itu membincangkan keadaan di Myanmar secara maya dengan mengutuk tindakan junta tentera dan polis yang menggunakan peluru hidup ke atas para penunjuk perasaan aman.

“Para pemimpin majlis ketenteraan Myanmar perlu bertanggungjawab,” kata pemimpin pasukan pertubuhan politik kumpulan etnik minoriti dikenali sebagai Majlis Pemulihan Negeri Shan (RCSS) dan pengasas Tentera Negeri Shan (SSA), Jeneral Yawd Serk.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.