nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Guan Eng selesai pencemaran, isu ternakan babi dahulu

9 APRIL: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ‘dinasihatkan’ memberi fokus menyelesaikan masalah pencemaran di Pulau Pinang terlebih dahulu, berbanding meminta satu persidangan khas diadakan bagi membincangkan isu berkaitan perubahan iklim.

Menteri  Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kementerian menolak cadangan dibangkitkan bekas Menteri Kewangan itu kerana sudah mempunyai banyak program berkait rapat dengan isu berkenaan.

“Saya fikir dia (Guan Eng) kena laksanakan isu pencemaran di Pulau Pinang dahulu dan pencemaran Sungai Kereh di Kampung Selamat, selain ternakan babi yang masih belum selesai, sehingga mencemarkan alam sekitar  serta kilang-kilang.

“Kita di kementerian ada tanggungjawab lebih besar menerusi penganjuran program yang kita laksanakan dan insya-Allah banyak perkara akan kita lihat serta laksanakan untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program ‘Melaka Bumi Lestari’ di Melaka, hari ini.

Turut hadir ialah Exco Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang mewakili Ketua Menteri Melaka; Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Dr Zaini Ujang dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Salhah Salleh.

Semalam, pemimpin DAP itu menggesa Tuan Ibrahim agar menganjurkan persidangan peringkat kebangsaan untuk membincangkan isu perubahan iklim.

Guan Eng berkata, langkah itu perlu dibuat agar kerajaan, terutama Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dapat mengumpul idea baharu untuk memulihkan aktivisme dan kepemimpinan Malaysia.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, KASA akan menggubal Rang Undang-undang (RUU) Perubahan Iklim bagi memastikan setiap tindakan dibuat dapat mengikut perundangan itu.

Katanya, Malaysia belum mempunyai sebarang RUU berkaitan perubahan iklim, namun hanya memiliki dasar perubahan iklim.

Dasar itu juga, katanya, sedang melalui proses semakan semula supaya dapat diselaraskan dengan RUU bakal digubal nanti.

“Setakat ini pihak KASA sedang lengkapkan RUU. Kita perlu gubal supaya apa-apa tindakan dibuat ada ikatan perundangan dan kita boleh bertindak berdasarkan perundangan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.