nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kartel Daging : PDRM tahan 34 pengarah daripada 19 syarikat

10 APRIL : Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Polis Johor, membongkar sindiket kartel daging lembu haram yang mengaut keuntungan berjuta ringgit dengan penahanan 34 pengarah dan dua pengurus 19 syarikat menerusi beberapa serbuan di seluruh negara dalam Ops Kartel Daging, bermula pada 9 April lalu.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata polis memulakan siasatan selepas pelbagai pihak berkuasa termasuk Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQID), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) melakukan serbuan terhadap sebuah gudang di Senai, Johor, pada 1 Disember 2020.  

Huzir berkata sebanyak lapan kertas siasatan dibuka telah dibuka oleh agensi masing-masing dengan tujuh pertuduhan terhadap 3 individu termasuk seorang masih bebas dibuat oleh KPDNHEP mengikut 51a dan 51a Akta Perihal Dagangan (APD) 2011.

Berikutan itu polis membuka dua kertas iaitu pertama di Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan di peringkat JSJ Bukit Aman dan Seksyen 120b Kanun Keseksaan dibuka oleh Polis Johor.

Bagaimanapun, Huzir berkata siasatan mengikut 505b oleh Bukit Aman diklasifikasikan sebagai tiada tindak lanjut (NFA) kerana tiada keterangan untuk menuduh mana-mana individu dalam siastan kes berkenaan.

Katanya, siasatan dibuat oleh Polis Johor mengikut Seksyen 120b Kanun Keseksaan pula mendapati wujud elemen yang menjurus kepada ‘pakatan jenayah jahat’

Berikutan itu, Huzir berkata JSJ Bukit Aman dan JSJ Negeri melancarkan satu operasi khas dikenali sebagai OPS Kartel Daging ke seluruh negara bagi menjejaki suspek terbabit.

Dalam Ops Kartel Daging berkenaan JSJ berjaya menahan 36 indvidu berusia antara 28 hingga 67 tahun yang bekerja sebagai pengarah dan pengurus di 19 syarikat di Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Kedah.

“Hasil siasatan mendapati syarikat terbabit adalah pengimport daging sejuk beku yang sah dari Brazil. Mengikut permit import syarikat berkenaan hanya layak mengimport 27 tan bagi satu permit dikeluarkan. Namun hasil siasatan lanjut kami mendapati syarikat terbabit hanya menggunakan hanya empat daripada lima permit import dikeluarkan pada 2020.

“Bagaimanapun, syarikat ini didapati telah mengedarkan lebih 1,000 tan kepada 202 pelanggan menerusi invois yang sudah dirampas. Siasatan pihak berkuasa juga mendapati keuntungan tahunan bagi 19 syarikat terbabit adalah antara RM1 juta hingga  RM52 juta setahun,” katanya dalam sidang media khas di siarkan menerusi laman Facebook PDRM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Huzir berkata selain mengimport bekalan dari syarikat daging beku Brazil, mereka juga menerima bekalan daripada syarikat tempatan dan dibungkus semula  sebelum diedarkan kepada pelanggannya.

Beliau berkata syarikat terbabit didapati menempah kotak berlogo halal untuk membungkus semula daging import dari Brazil dan diterima dari pembekal tempatan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

“Syarikat terbabit menerima banyak tempahan kerana menawarkan harga lebih murah berbanding pembekal daging halal lain iaitu antara 20 sen hingga RM1 per kilogram (KG). Bayangkan kalau 1,000 tan matrik berapa banyak yer?

“Syarikat berkenaan juga dikatakan memberikan kaedah pembayaran lebih mudah iaitu selama kredit tiga bulan berbanding syarikat lain yang mewajibkan pembayaran secara COD,” katanya.

Lebih menghairankan kata Huzir, syarikat berkenaan juga mampu memenuhi permintaan pelanggan kerana mempunyai stok mencukupi sedangkan hasil siastan mendapat mereka hanya menggunakan empat permit bersamaan dengan 108 tan matrik daging import sahaja.

“Siasatan polis mendapati kegiatan berkenaan menyebabkan timbulnya keraguan status halal terhadap bekalan daging yang ada di pasaran di Malaysia.

“Ini bukan hanya memberi kesan kepada umat Islam, malah seluruh rakyat Malaysia kerana daging dibungkus semula tidak dapat disahkan tahap kebersihan dan tidak diproses serta diperakui oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV),” katanya.

Berikutan itu polis meneruskan siasatan bagi membanteras kartel daging ini dan usaha mengesan dua suspek masih bebas berasal dari Ulu Tiram, Johor dan seorang lagi berasal dari Kuantan, Pahang masih giat dijalankan.

“Pakatan jahat jenayah jika disabitkan kesalahan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 120B Kanun Keseksaan yang membawa hukum mengikut kesalahan mengikut pakatan jenayah dilakukan.

“Jika kesalahan berkenaan adalah mengikut Akta Perihal Dagangan yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun maka hukuman bagi pakatan jenayah jahat ini juga sama,” katanya.

Pada masa sama, PDRM ingin menasihatkan supaya orang ramai tidak memainkan sebarang isu yang boleh menguggat kerharmonian dan ketenteraman dalam kalangan masyarakat.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan polis memohon kerjasama orang ramai yang tahu mengenai kegiatan jenayah supaya tampil memberikan maklumat kepada polis. Sehingga kini seramai 36 suspek sudah diberkas dan polis masih mengesan saki baki suspek masih bebas,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.