nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gaji rendah bukan faktor rasuah – Azam Baki

15 APR: Gaji rendah bukan faktor menyumbang kepada rasuah dan salah guna kuasa, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

Sebaliknya Azam kata beliau, ketamakan dan kekurangan integriti serta lemah iman mendorong segelintir penjawat awam menerima rasuah.

Beliau membuat rumusan itu berdasarkan trend pegawai berpangkat tinggi yang ditahan dalam pelbagai operasi penguatkuasaan.

AZAM

“Dalam kes-kes rasuah rasuah ni, sepanjang pengalaman kami, boleh dikatakan hampir semua bukan kerana mereka lakukan kesalahan akibat desakan hidup.

“Ini lebih kepada ketamakan dan juga kurang iman dan juga berlaku peluang dan ruang (untuk melakukan rasuah),” kata Azam dalam wawancara bersama sebuah stesen televisyen semalam.

Sambil menegaskan, gaji bukanlah punca kepada rasuah, Azam melontarkan persoalan agak menarik apabila berkata:

‘’Bagaimana pula mereka yang berpengaruh? Nanti ada kes yang saya akan umum dalam tempoh mungkin seminggu dua nanti, yang mereka ni bukan gaji tak cukup, dah kaya raya dah, apa lagi yang dia nak? Tamak, simple answer, kerana ni berkaitan dengan nilai diri dia.”

Azam berkata, dahulu penjawat awam diwajibkan menghadiri kursus untuk meningkatkan integriti mereka.

“Saya rasa investment kerajaan untuk meningkatkan integriti dah mula berkurangan. Dahulu kami dipaksa hadir kursus, walaupun gaji kurang, dewasa ni pemaksaan pegawai dan ahli politik untuk meningkat nilai diri ni kurang.

”Jadi sampai masanya kursus penting. Contoh kursus kenegaraan yang perlu dihadiri oleh pegawai kerajaan, perlu dipaksa balik,” tegasnya.

Beliau berkata, dalam kes kartel monopoli tender yang dibongkar baru-baru ini, pegawai kerajaan terlibat menerima rasuah lima hingga 10 peratus daripada nilai projek

Sehubungan itu Azam menegaskan, negara ini memerlukan undang-undang khusus untuk menangani isu tersebut.

“Di bawah Akta Persaingan, berlaku persaingan tidak sihat, tapi isu tentang monopoli  contohnya, saya dapat projek kemudian saya alibabakan dan sebagainya itu tak ada.

“Jadi di sini kita lihat undang-undang ni perlu diadakan, tapi bukan tu saja. Kita lihat oleh kerana ada orang dalam terlibat bocorkan maklumat sehingga kartel ini mula berleluasa, yang tu salah,” katanya.

Azam percaya kes membabitkan kartel tender monopoli boleh dikurangkan dengan kerajaan memperkenalkan undang-undang yang dipanggil pengisytiharan kepentingan (BO).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.