nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

NATO ikut jejak AS tarik balik semua tentera dari Afghanistan

15 APRIL: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), semalam bersetuju mengikuti jejak langkah Amerika Syarikat (AS) menarik balik semua 10,000 tenteranya dari Afghanistan bermula 1 Mei ini.

Menurut laporan berita dunia, Washington, AS sebelum ini mengumumkan akan menarik balik semua tentera negara itu menjelang 11 September.

Kenyataan dikeluarkan selepas mesyuarat Menteri Luar dan Pertahanan NATO secara maya, memaklumkan negara itu menghantar tenteranya ke Afghanistan pada 2001 susulan serangan 11 September, diikuti sekutunya NATO yang disifatkan bagi memerangi Al-Qaeda dan pihak mahu menyerang AS

“Sekutu NATO memutuskan pengunduran tentera dimulakan pada 1 Mei yang dijangka mengambil masa beberapa bulan untuk menyelesaikannya dan langkah itu akan dilaksana secara teratur serta berperingkat.

“Jika Taliban menyerang tentera bersekutu semasa sedang berundur, serangan balas yang padu akan dilancarkan.

“Pengunduran tentera bukan bermakna hubungan NATO dengan Afghanistan berakhir, sebaliknya menandakan bermulanya episod baharu,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata, AS dan NATO memasuki Afghanistan bersama-sama, justeru kedua-dua pihak akan berundur secara serentak.

“Sekutu dan rakan pakatan akan terus teguh berdiri bersama rakyat Afghanistan, tetapi kini sudah tiba masa untuk rakyat negera berkenaan membina sendiri keamanan berkekalan,” kata Stoltenberg pada sidang media bersama Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin.

Sebelum ini, Presiden AS, Joe Biden,  mengumumkan hasrat negara itu mengundurkan baki tenteranya dari Afghanistan bermula 1 Mei dan pengunduran sepenuhnya dijangka selesai menjelang 11 September depan.

“Tiba masanya AS menamatkan perang paling panjang, iaitu sejak 2001 dan tentera kami pulang ke tanah air,” katanya pada sidang media di White House, baru-baru ini.

Pengunduran ini, katanya, dibuat pada tarikh ulang tahun Ke-20 serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC), AS yang menyaksikan keputusan dasar luar paling signifikan dilaksanakannya selepas dilantik sebagai Presiden.

Biden berkata, ketika ini, kira-kira 2,500 anggota tentera AS masih berkhidmat di Afghanistan yang terdiri daripada  sebahagian misi NATO.

Tegasnya, selepas dipilih, beliau mewarisi perjanjian diplomatik dengan kerajaan Taliban yang mengatakan tentera akan berundur dari Afghanistan menjelang 1 Mei 2021, tiga bulan selepas mengangkat sumpah.

“Komitmen ini diwarisi dan perjanjian dibuat kerajaan AS yang memberi makna tersendiri, malah mengotakannya adalah kepentingan nasional.

“AS akan kekal menyokong rundingan pelan damai Afghanistan selepas pengunduran selesai,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.