nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

73.9 peratus majikan gagal sedia penginapan pekerja ikut piawaian

18 APRIL: Kementerian Sumber Manusia mengesahkan 10,961 atau 73.9 peratus majikan dikesan gagal memenuhi piawaian ditetapkan mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) ketika pemeriksaan dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bermula 1 Februari hingga 15 April lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, berkata pemeriksaan JTK juga mendapati hanya 3,874 atau 26.1 peratus majikan berjaya mematuhi kemudahan penginapan di bawah Akta 446.

“Sepanjang penguatkuasaan itu sebanyak 14,835 pemeriksaan berkanun dijalan ke atas premis majikan membabitkan 95,870 tempat penginapan diperiksa yang turut membabitkan pemeriksaan terhadap 616,216 pekerja asing dan 43,698 pekerja tempatan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 625 kertas siasatan dibuka atas kesalahan seperti tidak diperakui Perakuan Penginapan oleh Ketua Pengarah Tenaga Kerja dan penginapan tidak mematuhi undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Antara kesalahan lain, majikan juga gagal menyediakan ruang rehat dan ruang makan serta tidak mengikut syarat ketebalan tilam kurang empat inci,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis tautan kasih bersama pengamal media Kedah, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Awang berkata JKT turut mengeluarkan 34 arahan pindah kerja, 2,417 arahan baiki atau tambah baik tempat penginapan dan 7,885 majikan diarahkan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Katanya, operasi itu salah satu kaedah JTK menyampaikan keperluan dan kehendak dibawah Akta 446 kepada majikan.

“Selain itu, jabatan turut mengadakan sesi libat urus serta penerangan secara bersemuka dan secara maya kepada persatuan majikan untuk memberi penerangan jelas berkaitan akta berkenaan.

“Ia juga bagi menangani masalah penginapan pekerja yang tiada fasiliti kebersihan yang baik, sempit, tiada pengudaraan yang baik dan tidak terurus seterusnya mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja warga asing,” katanya.

Awang menjelaskan, ini kerana Malaysia mengamalkan dasar perburuhan yang tidak membezakan antara pekerja tempatan dan pekerja asing di mana perlindungan dari segi kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan disama ratakan.

Katanya, perkara ini bukan sahaja untuk menjaga hubungan dua hala tetapi juga untuk memastikan Malaysia tidak mempunyai amalan buruh paksa atau pemerdagangan imigran.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.