nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada keperluan tubuh parti Aswaja – Mokhtar Senik

19 APRIL : Tiada keperluan di negara ini untuk mewujudkan parti Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) bagi tujuan memperjuangkan aliran Asyairah Maturidiyyah di Malaysia.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mokhtar Senik berkata, tiada keperluan untuk memperkenal parti itu kerana PAS sejak awal penubuhannya masih kekal berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Sudah cukup dengan Pas sebagai parti Islam yang memperjuangkan Islam dan komited dengan dasarnya sejak dahulu hingga sekarang. Sejak awal penubuhan Pas tidak pernah menukar pegangannya selain fahaman Ahlu sunnah wal Jamaah.

“Jika pun ada individu dalam Pas yang mesra Syiah atau Wahabi, itu tidak bermakna menggambarkan pegangan Pas secara keseluruhannya.

“Sebagaimana dalam kelompok Ahlu Sunnah itu ada individu yang menyokong parti sekular. Apakah itu menunjukkan kumpulan mereka ialah kumpulan ahli sunnah sekular?” soalnya menerusi hantaran di Facebooknya miliknya, hari ini. 

Dalam pada itu, Mokhtar memberitahu tindakan mewujudkan parti baharu yang berasaskan agama Islam itu akan memperbanyakkan lebih parti Islam yang hanya memecah-belahkan kekuatan umat Islam.

“Kalau pun kita ada 100 parti yang menyokong Aswaja, kita akan tetap lemah dan semakin lemah. Akhirnya kuasa bukan Islam juga yang akan menguasai politik Malaysia dan mereka akan beransur-ansur memamah faham Aswaja.

“Oleh itu alangkah baik kita kukuhkan PAS dan membawa agenda Aswaja itu bersama PAS yg sudah pun berada dalam kerajaan. Jangan bertindak menghancurkan ikatan kesatuan ummah ini,” katanya.

Tambah beliau, setiap pihaknya khususnya ahli-ahli politik di kalangan pemimpin parti  sentiasa berfikir bagi mencari jalan memperkukuhkan kesatuan umat Melayu dan Islam. 

“Kita sudah ada PAS, kita sudah Muafakat Nasional (MN) dan kita sudah ada Perikatan Nasional (PN). Apa perlunya lagi sebuah parti islam yang lain yang nantinya hanya akan menguntungkan Pakatan Harapan (PH) . 

“Berpolitik bukan hanya berfikir bagaimana untuk melakukan kebaikan, tetapi berpolitik juga termasuk bagaimana untuk menyekat kejahatan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.