nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ordinan darurat pinda akta KWAN beli vaksin COVID-19

21 APRIL: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini memasyhurkan Ordinan Darurat  (Kumpulan Wang Amanah Negara atau KWAN) (pindaan) 2021 bagi meminda Seksyen 6 Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988.

Antara pindaan dibuat adalah dengan memasukkan Seksyen 6c berkenaan membolehkan kerajaan kerajaan menggunaan dana daripada KWAN untuk pemerolehan vaksin bagi suatu wabak apa-apa penyakit berjangkit seperti dinyatakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Mengikut Warta Persekutuan yang dikeluarkan menerusi laman web Pejabat Peguam Negara, pemasyhuran ordinan berkenaan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasa (2) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Pemasyhuran ordinan baharu berkenaan disebabkan oleh sesuatu darurat besar sedang berlaku yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam dalam Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit iaitu COVID-19, suatu Proklamasi Darurat telah dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan pada 11 Januari 2021.

Berikutan itu, Yang di-Pertuan Agong bersetuju memasyhurkan tindakan serta merta meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988.

Menurut Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988, dana itu dibayar melalui Kumpulan Wang Disatukan dan Petronas.

Menurut seksyen 5 (c) akta berkenaan, sumbangan boleh dibuat oleh mana-mana negeri di Malaysia yang mendapat royalti daripada petroleum dan sumber alam lain yang akan habis.

Sumbangan ke dalam KWAN juga boleh datang dari mana-mana orang atau pihak berkuasa yang perniagaannya merangkumi penyelidikan atau pengembangan sumber alam yang akan habis.

Ordinan darurat yang diwarta hari ini menambah subseksyen baru ke dalam Seksyen 6 akta itu, yang mana subseksyen (a) dan (b) menyatakan dana tersebut boleh digunakan sama ada untuk dana pembangunan atau pemberian pinjaman atau pendahuluan dengan syarat konsesi kepada kerajaan persekutuan atau pemerintah dari mana-mana negeri.

Seksyen baru (c) ini menyatakan dana KWAN boleh digunakan untuk “pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan vaksin bagi suatu wabak apa-apa penyakit berjangkit sebagaimana yang dinyatakan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.”

Pada 31 Mac lalu Putrajaya mewartakan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu (Pindaan) 2021 yang memberi kuasa Perdana Menteri (PM), Ketua Menteri (KM) atau Menteri Besar (MB) meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa. Ini bermakna ketua kerajaan dan ketua kerajaan ne

Get real time updates directly on you device, subscribe now.