nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD 5 lokaliti di Besut dilanjutkan 7 hari lagi

25 APRIL: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan akan dilaksanakan di Kampung Dambai Inanam, Kota Kinabalu, Sabah, selama 14 hari, bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan itu disebabkan daripada 74 ujian saringan dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga kini, sebanyak enam kes positif direkodkan dalam tempoh seminggu.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Kampung Dambai Inanam, Kota Kinabalu, Sabah bermula 26 April sehingga 9 Mei 2021. 

“PKPD ini bagi memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terbabit dan seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti luar,” katanya.

Ismail Sabri berkata, pelanjutan PKPD pula dilaksanakan di lima lokaliti di Mukim Hulu Besut, Besut, Terengganu yang dijadualkan sepatutnya tamat pada 27 April 2021.

Katanya, lokaliti itu adalah Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru, Kampung Keruak, Kampung Pak Sik dan FELCRA Keruak.

Setakat ini, katanya, sebanyak 107 kes positif direkodkan membabitkan kesemua lokaliti itu daripada 2,077 ujian saringan dijalankan KKM di situ. 

“KKM melaporkan masih berlaku penularan berterusan dalam kalangan penduduk di kawasan PKPD dengan 22 kes positif masih dirawat dan 160 sampel sedang menunggu keputusan. 

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di kelima-lima lokaliti seperti yang dinyatakan selama tujuh hari bermula 28 April sehingga 4 Mei 2021,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, PKPD Penjara Tapah, Perak akan ditamatkan esok, seperti dijadualkan.

Jelasnya, sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan, KKM menjalankan 3,572 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 921 kes positif COVID-19 direkodkan. 

Malah, sehingga hari ini, katanya, KKM mengesahkan terdapat penurunan kes dengan kluster terkawal serta tiada lagi sampel ujian menunggu keputusan. 

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Penjara Tapah, Perak pada 26 April 2021, seperti dijadualkan,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, PKPD di Kampung Meruntum, Putatan, Sabah akan ditamatkan esok, seperti dijadualkan.

Keputusan itu dilaksanakan, katanya, apabila sehingga kini, KKM melaporkan sebanyak 22 kes positif direkodkan daripada 127 ujian saringan dijalankan.

Menurut laporan KKM, katanya, berlaku penurunan kes di lokaliti terbabit, manakala semua kes positif dan kontak rapat diasingkan. 

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Meruntum, Putatan, Sabah pada 26 April 2021 seperti dijadualkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, seramai 243 individu ditahan, semalam berhubung atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan daripada jumlah itu, 219 individu dikompaun, manakala 24 direman. 

“Gagal merekod butiran diri dan mendaftar masuk premid mencatatkan kesalahan tertinggi, iaitu 99 individu, manakala tidak memakai pelitup muka sebanyak dan tiada penjarakan fizikal (37).

“Kesalahan lain adalah aktiviti pusat hiburan, iaitu 18 individu dan lain-lain (38),” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.