nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Neelofa dikompaun RM20,000, suami RM10,000

27 APRIL: Pasangan pelakon dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor (Neelofa) dan suaminya, Haris Ismail (Pu Riz) masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata Neelofa dikompaun RM20,000 (tiada diskaun) kerana melakukan dua kesalahan, manakala Pu Riz dikompaun RM10,000 kerana hanya melakukan satu kesalahan.

Mohamad Zainal berkata kesalahan pertama Neelofa selaku penganjur gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP penganjuran majlis sosial apabila gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah mereka berlangsung.


“Kesalahan kedua Neelofa adalah melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan yang sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran yang diberikan oleh pihak polis.

“Pu Riz pula dikenakan kompaun RM10,000.00 (tiada diskaun dibenarkan) kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan yang sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran yang diberikan oleh polis,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebelum ini kertas siasatan kes perlanggaran SOP PKPB di majlis perkahwinan Neelofa  dikembalikan dari pejabat Peguam Negara, dengan keputusan mengenakan kompaun di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No. 4) 2021.

Mengulas lanjut, Mohamad Zainal berkata kesemua 20 ahli keluarga Neelofa juga dikenakan kompaun sebanyak RM1,500.00 seorang yang berjumlah RM30,000.00 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

Beliau berkata semua yang terlibat akan dikeluarkan kompaun pada 27 April 2021 dengan nilai keseluruhannya  kompaun adalah sebanyak RM60,000.00.

“Justeru, pihak PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kegagalan mematuhi Perintah
ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undangundang yang masih berkuat kuasa.

Sebelum ini media melaporkan polis menyerahkan semula kertas siasatan membabitkan selebriti terkenal, Neelofa PU Riz berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) buat kali kedua, pada 19 April lalu

Mohamad Zainal dalam satu kenyataan berkata, kertas siasatan itu dihantar semula selepas terdapat beberapa penambahan seperti diarahkan TPR, sebelum ini  termasuk cadangan tindakan kompaun dikenakan terhadap Neelofa dan suaminya, keluarga pasangan itu dan penganjur dalam majlis perkahwinan berkenaan. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.