nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

49 sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup

2 MEI: Selepas beberapa sekolah di Negeri Sembilan ditutup, baru-baru ini akibat COVID-19 sebanyak 15 buah lagi diarah berbuat demikian selama dua hari, bermula esok.

Arahan terkini itu menjadikan jumlah keseluruhan sekolah ditutup sejak 22 April lalu di negeri berkenaan adalah sebanyak 49 sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek, berkata penutupan itu dilakukan atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi membolehkan pengesanan kontak rapat dijalankan.

“Sebanyak 13 sekolah terbabit adalah di Seremban, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Batu, SK King George V, SK Labu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Forest Heights, SJKC Chung Hua dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa.

“Selain itu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Lorong Java, SJKT Nilai, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kepayang, SMK ST Paul, SMK King George, SMK Kompleks KLIA dan SMK Bukit Mewah, manakala sebuah sekolah adalah di Port Dickson, iaitu SJKC Bandar Springhill.

“Semua sekolah ini ditutup sehingga 4 Mei bagi membolehkan PKD membuat penilaian risiko, mengesan kontak rapat dan memastikan sekolah dilaksanakan proses disinfeksi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko PKD berkaitan.

Dr Mohamad Rafie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan memaklumkan, sebanyak lima sekolah diarahkan tutup sebelumnya, turut dilanjutkan penutupannya selama dua hari sehingga Selasa ini, antaranya SK Kompleks KLIA, SJKC Sino English, SJKT Sungai Salak dan SJKC Pei Hua.

Katanya, ibu bapa tidak perlu panik kerana kerja sanitasi akan dilakukan pihak berkaitan dalam kadar segera.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.